Thursday, February 4, 2010

Masa Oh Masa

Kebelakangan ni Sya rasa masa kami dengan anak-anak makin kurang. Bila Sya baca nukilan member blog sya yang tinggal kat Perth,LG yang mana mereka suami isteri ada masa weekday petang-petang bawa anak-anak ke park, dinner awal. Sedangkan kami..ermmm.. :(

Meh Sya listkan rutin harin kami..

5.15am: Bangun tidur & kejutkan anak-anak

6.50am: Keluar rumah untuk hantar anak-anak ke sekolah. Perjalanan dari rumah kami ke rumah MIL dalam 20minit. Itu pun HB bawa macam F1..faham2 jer lah yer..

7.45am: Singgah umah MIL lepas hantar Zetty,Danny, Qimie sekolah. Singgah untuk hantar beg sekolah petang dan beg baju mereka. Anak2 akan transit umah MIL lepas sekolah. HB pun pergi kerja naik motor dia dari sini.

8.00am: Sya hantar Marsya ke kinder.Dan terus ke Office

8.20am: Sya sampai Office

5.15-6pm: Biasanya sya dah sampai rumah MIL time ni. Depend dengan masa sya keluar ofis. Kalau keluar
5 tepat, sampai rumah MIL dalam 5.20pm. Biasanya masa ni yang ada hanya Marsya. SO sekarang sya tunggu anak-anak balik sekolah

6.45pm: HB sampai rumah MIL

6.55pm: Qimie sampai rumah MIL

7.15pm: Bertolak balik kerumah kami

7.45pm: Sampai rumah. Bergegas untuk solat maghrib

8.15pm: Masa untuk memasak & sya ajar anak-anak study. Sekarang sya kena beri tumpuan lebih pada Qimie kerana dia ada masalah sikit dlm pelajaran. Walaupun dia dah 2 tahun tadika, namun masih tak reti membaca & kenal huruf. Sya redha dengan kekurangan dia. Sebab setiap anak tak sama. rezeki masing2. Dan dia juga yang ada masalah kesihatan, jadi kena beri lebih tumpuan pada dia.

9.00pm: Dinner. lambat kan kami dinner. Ni pun biasanya HB masak simple je.

10.30pm: Anak-anak yang dah siap homework kena siapkan beg sekolah & beg baju

11.00pm: Masa anak-anak tidur. Itu pun kadang-kadang lewat mereka tidur

12.30am: Sya lak tidur. HB lagi lewat tidur, sebab dia suka melipat baju sambil tengok TV

Jadi itu lah rutin harian kami.  Tersangat lah sibuk. Hinggakan sya rasa letih yang teramat sangat. Namun nak buat macamana, Inilah cabaran yg perlu dihadapai. Kadang-kadang sya rasa sekolah kat Malaysia ni terlalu mendesak anak-anak..anak-anak sekolah pun tak enjoy. target sekolah tinggi, anak-anak kita yang jadi mangsa. Kita pun terpaksa letak harapan yang tinggi pada anak2 sebab dah jadi lumrah kat Malaysia ni, semua orang akan sibuk menanya keputusan periksa anak2 kita dan banding2 kan.

Sya masih ingat lagi masa sya kecil2..selalu kena marah dengan bapak & dibanding2kan dengan anak2 sedara dia yg lain. Katanya dia malu dengan keputusan periksa sya lah..Ini membuatkan sya stress..namun syukur lah sya masih berjaya dalam pelajaran walaupun tak sampai keluar negara. Sya bersyukur.

Sekarang giliran anak2 pulak. Kesian pada mereka sebenarnya. namun dah ini sistem pelajaran kat Malaysia. tak hantar ke sekolah agama rakyat, rasa tak patut pulak..dunia & akhirat mesti kita seimbangkan..jadi inilah bayaran yang perlu kami & anak2 bayar untuk dapatkan kehidupan yang lebih baik kelak dimasa hadapan.




8 comments:

POSH76 said...

aku yg takde anak ni pun sibuk yg amat kalu hang mmg patutler...kekadang rasa 24jam mcm tak cukupla..

uMMisYa said...

memang beb..rasa teruk sangat kan..aku kesian anak2 aku tu sebenarnya. dulu2 aku masa sekolah ada gak sekolah agama, tapi tak de lak macam sekarang ni, lama masanya. dulu setakat 2 jam je sekolah agama. petang2 ada masa nak main & pergi mengaji. sekrag anak2 aku mengaji hujung minggu je,itupun kalau tak kemana2..

Mama Miraki said...

ohohohohoho rajin sham masak yea...siap lipat kain tu....bertuah badan kan..hahahahah

lemongrass said...

Salam Sya,
tu lah kan system sekolah kat M'sia memang memberatkan budak2 sampai ramai budak2 yg mengeluh kepenatan. Dah lah masuk awal, pastu sampai lewat petang and then homework berlambak2 sampai tidur pun tak cukup.
I know for sure, kalau my kids kena pegi sekolah kat M'sia, mau hari2 diaorang nangis sebab tak boleh nak cope.

uMMisYa said...

mama miraki: lor baru tau ke kwn tu rajin..memang bersyukur dapat suami begini..tuhan tu adil setiap kekurangan kita di tutup dengan kelebihan pasangan kita..

uMMisYa said...

LG: w'salam. nak buat mcmane kan, anak2 kami terpaksa terima..tu yg bila hujung minggu taknak bebankan sgt mereka dgn hal sekolah. biar mereka lapangkan otak :)

TREAT AND TRICK said...

Salam Ummisya...tengok rutin harianmu tu betul2 sibuk tapi kita harus pandai membahagikan masa...kak dah melalui semua ini..tentang anak yang kurang pandai tu berikan ransangan, kasih sayang dan doakan agar dia berjaya...

uMMisYa said...

Treat & Trick: Terima kasih kak. Insyaallah sya sentiasa doa untuk anak2 terutama yg ke-3 tu..