Perjalanan ke Melaka lancar je malam tu, cuma sesak skit kat Seremban. Kami sampai Air Keroh dalam 10pm. Tapi memandangkan kami memang tak mahir jalan Melaka ni, kami sampai hotel hampir 11pm. Dah lah sampai malam,jalan tak reti lak tu. Nasiblah adik sya yg no.4 tu dulu belajar kat MMU melaka, jadi sya call dia tanya arah.
Rupanya malam tu ramai yang late check-in. Sya dah inform awal2 semasa wat booking tu yg kami late check-in, kalau tak masa untuk check-in dari 3-6pm je. Ramai orang KL lari ke Melaka hari tu.
Urusan di kaunter sekejap je,tak sampai 10min sya dah dapat kad bilik. Syukur.
Ni lah bilik yang kami dapat. Amat selesa buat kami 6 beranak. Katil tu Queen size yer, jadi muat kami 6 beranak tidor kat situ. Bilik ni sya dah upgrade ke deluxe sebab nak seaview.
Sampai2 je kami terus makan nasi lemak yang HB masak. Sedapnya, nasi dan lauk semua panas2 lagi. Untung jugak beli beg tu..semua makanan yang letak dalam beg tu panas lagi. tahan sampai esok petang tau. Sarapan esok pagi pun anak2 makan nasi lemak tu. Sya dgn HB b/fast kat hotel lah..hehe..sebab dapat 2 free b/fast. Pagi2 anak2 bukanya nak makan sangat.
View pagi-pagi esoknya dari balcony bilik kami. Sebab tu lah upgrade ke deluxe,nak kan seaview ni lah. Aman je pagi-pagi bangun tengok laut, dengan ada sampan nelayan .
6 comments:
bessnyer gi cuti2 ...melaka mmg bess mcm2 ada..hehe
cantik bilik dia...sya x sebut nama hotel....hotel apa ekk?
ooohhhh bestnya gi cuti2 yea....makan ikan bakar tak...
Posh: Sya baru ni pergi siap tidor kat Melaka.dulu2 masa kecik,kalau on the way balik JB mesti singgah. Melaka sekrg dah banyak berubah. Ni pun banyak tempat tak pergi, Next time nak pergi lagi
Kak Hani: Hehe..ingat nak masukkan nama hotel kat part 2..Everly Hotel & resort,kat pantau klebang. Pergilah kak bawa anak2 dara akak..best kak..amik bilik deluxe tau untuk seaview. kalau superior garden view,x best
Kak Enab,time cuti sekolah tak kemana2,tu yg bawa anak2 jln ke melaka. mkn ikan bakar kat klebang je..tak ke Umbai,masing2 dah penat. next time nak pergi lagi :)
Post a Comment