Thursday, March 4, 2010

Baby Hidup..


Marsya..ooo..Marsya
Walaupun umur baru 3 tahun 6 bulan
Tapi percakapan & pemikiran mengalahkan abang2 & kakak dia

Marsya ni sya notice memang banyak cakap dah cepat sikit
Mungkin sebab sya mengandungkan dia masa kat study part time
Dalam pantang seminggu dah kena pergi kelas

Semalam dia buat permintaan
Nak baby Hidup
Sebabnya kat rumah MIL ni ada sepupu dia,yg umur 3 bulan
Dia ada geng yg sama umur 2 orang belah HB & 1 org belah sya

Kat belah Hb adik-adik & kakak ipar sya yg bersalin tahun lepas seramai 4 org
Tahun ni 2 orang bakal melahir
Jadi marsya jeles geng seusia dia dah ada baby

Semalam sibuk dia mintak baby yang hidup
Sya cakaplah dia kan ada 2 baby,1 baby hitam & 1 baby putih(dua-dua ni doll dia)
Mengamuklah member..
tak nak baby anak patung
Nak Baby Hidup

Alahaii anak oii..mana ummi nak cari baby hidup ni nak oiii

Pastu sya tanya lah dia mana dapat baby hidup ni

Ni jawapan Marsya
" Mama Baiya(cousin dia) gemuk dulu,mengandung dulu, lepas tu keluarlah baby dia.
Ummi kena gemuk & mengandung, dapatlah baby hidup. Baby baiya tu keluar dari perut mama baiya"

Dia jawab dengan muka serius tau..
Punya lah nak kan baby hidup


6 comments:

Mama Miraki said...

ok lah tu...dapatkan baby hidup tahun ini yea...

uMMisYa said...

ala kak nab, cukuplah 4 org.tak larat..hehe..ni skrg tgh proses nak kuruskan badan lak

rie_theone said...

erkkk...akak lah kena bg dia baby hidup.

uMMisYa said...

ros: nak bagi baby hidup tu yg tak larat. memikirkan sakit masa mengandung & nak beranak..alaa..
rasa dah cukup kot 4 org ni buat tahun ni..
tahun depan tak tau lak..:D

somuffins said...

Sya, dia siap dah cekak pinggang lagi tu .. You better cepat beri dia baby hidup, heheh.

eynda said...

Clever girl la marsya...Hannah tak tau apa pun hihi..