Sya nak cerita pasal kucing adik sya
Nama kucing tu KATIK..
sebab apa nama dia gitu..hehe..sebab kucing tu badan dia pendek & rendah
Kucing ni actually adik sya yang perempuan jumpa kat Ampang
Dia pi hangkut bawak balik Klang
Kat rumah mak sya, Katik ni jadi teman tidor adik sya APIQ
Tiap-tiap malam Katik tido dgn apiq
Katik akan tunggu Apiq balik kelas tiap-tiap malam untuk makan
Tapi hari jumaat lepas Apiq tak balik rumah
Sebab UNITAR ada konvo, apiq ada main gamelan & ada lagi hal yang dia kena buat
Ummi sya kata, dari jumaat malam Katik dok dalam bilik tunggu Apiq sampai hari sabtu
Katik tak turun2 ke dapur makan & minum
Mak sya perasan sabtu siang Katik masih kat atas, mak sya bawa katik turun
Dari jumaat, sabtu, ahad & isnin katik tak nak makan
Dia merajuk sebab Apiq tak balik
Masa sya pergi rumah mak sya petang semalam katik duduk kat tingkap dalam bilik air
Sya pujuk dia makan & turun dari tingkap tu..katik hanya pandang sya & ngiau lemah je
Apiq balik rumah malam semalam(isnin malam)
Katik terus terpa Apiq
Bising katik mengiau..ikut kaki apiq
Apiq angkat Katik & cuba bagi makan
Tapi katik tak nak makan
Apiq bawa naik bilik tido sama2
Malam tadi dalam 11pm sya pergi rumah mak sya kerana ada hal
masa sya naik bilik atas, sya tengok katik duduk depan pintu kat tangga atas
Sya tegur Katik..sya ckp dgn Katik
"Kenapa ko duduk sini,,pergi lah tido atas katil"
Katik ngiau & ikut kaki sya
Tapi sya boleh tak terlintas nak angkat dia naik katil
Sya terus balik
Pagi ni sya dapat panggilan dari bapak sya dlm 5am yang Katik dah mati
Sedihnya
kata bapak sya dalam 4 am bapak sya nak pergi toilet kat dapur
dia tengok katik dok diam kat dapur
bapak bagi katik makanan..tapi Katik x makan
Bapak sya jengah sekali lagi dapur jam 4.30am..Katik dah mati
huhuhu..sedihnya
katik ni memang manja sangat
suka tidor atas riba orang
Apiq bersama Katik dalam kenangan
Betapa kuat ye ikatan kasih sayang Katik dengan Apiq
Siapa kata binatang tak de perasaan
Binatanag pun reti merajuk
Binatang pun reti rindu
Sedih nya bila kenangkan Katik
Kesian Syaffiq..
Ni luahan Apiq kat wall FB dia
Katik....!!:'(

2 comments:
Sedihnyaa...
pernah jugak aku nangis sampai 2-3 hari pas kucing aku mati:(
Tu yg anak2 aku nak pet aku tak suka sangat...kalau dah sayang gini ler jadinyerr..
mmg sedih Rox. walaupun kucing pungot tapi dia pandai..tak penah membuang merata2..dari hari pertama dia sampai dia membuang kat bilik air..tak payah ajar dah..pastu manja sangat..
Post a Comment