Aku Adalah Aku, Terimalah Aku Seadanya, Kerana Tidak Mungkin Aku Akan Jadi Seperti Orang Lain, Tiada Guna Berpura-pura Jika Akhirnya Kekecewaan Yang Melanda
Seperti yang dirancangkan, kami ke Melaka hari jumaat 29/1/2010. Mulanya rancang lepas anak-anak balik sekolah nak terus pergi. Tapi 8pm gak kami bertolak dari rumah MIL. Disebabkan HB tak kerja hari jumaat tu, maka HB masak nasi lemak sambal sotong sebagai bekalan kami. Sya lak goreng donut & karipap yang beli kat pasaraya,instant nye je buat makan anak2 dalam kereta. Maklumlah semua balik dari sekolah tak makan apa2 lagi. Bekalan kami tu HB letak dalam beg yg memang beli khas untuk isi bekalan & tahan panas. Sampai ke hotel dalam 11pm pun nasi & lauk masih panas lagi, tahan lama lak tu
Perjalanan ke Melaka lancar je malam tu, cuma sesak skit kat Seremban. Kami sampai Air Keroh dalam 10pm. Tapi memandangkan kami memang tak mahir jalan Melaka ni, kami sampai hotel hampir 11pm. Dah lah sampai malam,jalan tak reti lak tu. Nasiblah adik sya yg no.4 tu dulu belajar kat MMU melaka, jadi sya call dia tanya arah.
Rupanya malam tu ramai yang late check-in. Sya dah inform awal2 semasa wat booking tu yg kami late check-in, kalau tak masa untuk check-in dari 3-6pm je. Ramai orang KL lari ke Melaka hari tu.
Urusan di kaunter sekejap je,tak sampai 10min sya dah dapat kad bilik. Syukur.
Ni lah bilik yang kami dapat. Amat selesa buat kami 6 beranak. Katil tu Queen size yer, jadi muat kami 6 beranak tidor kat situ. Bilik ni sya dah upgrade ke deluxe sebab nak seaview.
Sampai2 je kami terus makan nasi lemak yang HB masak. Sedapnya, nasi dan lauk semua panas2 lagi. Untung jugak beli beg tu..semua makanan yang letak dalam beg tu panas lagi. tahan sampai esok petang tau. Sarapan esok pagi pun anak2 makan nasi lemak tu. Sya dgn HB b/fast kat hotel lah..hehe..sebab dapat 2 free b/fast. Pagi2 anak2 bukanya nak makan sangat.
View pagi-pagi esoknya dari balcony bilik kami. Sebab tu lah upgrade ke deluxe,nak kan seaview ni lah. Aman je pagi-pagi bangun tengok laut, dengan ada sampan nelayan .
Friday, January 29, 2010
Dah jumaat ye
Petang ni lepas anak2 balik sekolah dalam jam 7pm
kami nak bertolak ke Melaka
Nak bercuti
Moga perjalanan kami lancar lah hendaknya
Sya ni jarang pergi melaka
tak mahir pun
tak pernah lagi bercuti & tidor hotel kat melaka
Nanti-nanti sya update cerita bercuti di Melaka yer