Friday, January 29, 2010

Geramnyaa

Ni nak cerita sikit 
Nak lepaskan geram

Petang semalam masa sya balik umah MIL
Tengok syok dok layan cerita senetron Tv9,cerita pasal si Attar kawin 3..
Tiba-tiba anak sya bukak satu cerita yang membuatkan sya mengamuk dalam rumah tu

Nak tau pasal apa

Ni haa...tadi ada 3 orang salesman Cina
Datang umah MIL sya
Bertunggu-tangga kat situ 
Dari pukul 11am sampai 3 pm
Nak wat tau
Depa memujuk MIl sya ambik Water filter dari depa

Yang buat sya naik hantu tu
HB dah pasang water filter kat rumah MIL 
Filter tu sya yg punya lak tu

Skali baik punya cina tu pi ambik water filter sya tu
dia pasanag filter dia
dah MIL sya kena bayar tiap-tiap bulan seratus
Harga asal 3500++ pastu tolak 1000
kononnya tolak harga filter sya yg dia amik
jadi baki 200++ kena bayar monthly 100

Tak ke geram dan frust sya rasa
Barang kita orang amik
pastu kita lak kena bayar 
tak pasal2 menanggung hutang

Sya call cina tu mengamuk
suruh depa amik balik filter tu & pulangkan filter sya semula
berkeras depa tak nak 
sya ugut nak buat plis repot
tak tau lah katanya hari ni depa nak datang settle kan
masih nak discuss lagi tu

sya dah sound MIL & Hb
kalau depa nak bayar barang tu..lantak lah
yang penting pulang kan filter sya tu
boleh sya pasang kat umah mak sya lak
geram tau

sya tak marah MIL sya
sya paham
dia orang tua
dah orang tu dok bertunggu-tangga kat rumah dia sampai 4 jam
pujuk-pujuk dia
sampai dia malas nak layan
dia ia kan je lah

HB pun sya tak marah sangat, tapi kecewa gak lah dgn dia
sebabnya cina tu ada call HB
minta keputusan
boleh Hb kata mcm ni
" u tanya mak saya,Kalau mak saya tak nak , tak nak lah, kalau dia nak , nak lah:
tu yg sya marah tu
Tujuan MIL tu suruh call Hb sebab dia tak nak
Dia nak ada sokongan anak dia
dah anak dia tak bg keputusan yg memberangsangkan

Sya tegur MIL sya
Lain kali jgn kasi sebarang orang masuk rumah
MIl ni dah banyak kali kena
orang datang rumah
pujuk2 dia beli barang
akhirnya dia beli
pernah juga dia kena
orang datang rumah, kata dia dari syarikat mana tah
ada skim, kita bayar certain amount,,teh syarikat akan byr berganda
orang tua tu bayar lah
then call co tu tak wujud

Sekarang syarikat2 ni pandai tau
depa pi kmpung-kampung
jumpa orang tua yg sendri
masa anak-anak tak de pergi kerja
pujuk2
orang tua2 kita ni kan jenis tak sampai hati & malas nak melayan lama2
tu yg ye  je jawapannya

Risau gak lah..ni nasib yg datang jenis jual barang mmg ada barang
takut yang datang konon2 nya jual barang
pastu merompak ke
ishhh..nauzubillah min zalik...jauhkan lah..selisih..

Kesian MIL sya..tak pasal2 sya tinggi suara..marah
tapi sya tak marah dia
sya marah sebab cina tu selamba je masuk rumah orang mcm tu
depa masuk rumah masa MIL sya yengah kat dapur
tau2 je depa dah sampai ke dapur
Bahaya kan
rumah kg mana lah ada grill ke apa
lapang je pintu terbuka

ni nak tunggu apa cerita selanjutnya,katanya cina tu nak datang sebelum 12pm
HB tak keja..


3 comments:

TopsyTurvy Mum said...

Sya...tegas sket bagitau diorg sape2 dtg nak jual brg terus jgn layan...tutup terus pintu.

Hubby aku, kalau mula2 cakap tak nak pastu dia sibuk gak nak jual..haa..mendapat lah maki hamun..

uMMisYa said...

Rox, masalahnya MIL & Hb aku ni soft sgt. HB aku bukan tak pernah kena..
MIL aku lagilah banyak kali dah kena.
Depa ni jenis susah nak tolak
aku lak jenis tegas & garang.
Lagi Hb aku suka melayan, dia boleh kata, abang saje nak dgr dorang berceloteh..a'ah..pastu nanti sendri terjerat. Kalau aku lak jenis tak nak layan,terus aku kata tak nak, Kalau degil gak,memang kena hamun lah..
Ahakk..ahkak ni garang ko..haha

eynda said...

Ni bagusnyer kalau rumah yg ada grill....kalau ada yg jual2 tu takyah dok bukak grill tu...cakap takmo pas tu tutup pintu terus...atau rumah berpagar kuncikan aje...tak sebarangan org boleh masuk....bila dah terlepas masuk dlm rumah la payah kan...kalau tak kuat semangat memang termakan pujuk rayu diaorg....nasib baik diaorg tu takde niat buruk...tapi masih kena hati2....takut diaorg pulak ngamuk sebab kita takmo ambik barang diaorg!!