Wednesday, January 13, 2010

Skool




Tahun ni semua anak-anak dah sekolah

Izzati tahun ni nak ambil UPSR
Danny Tahun 4
Qimie Tahun 1
Marsya Tadika walau pun umur dia baru 4 tahun

Mulalah semula rutin menghantar anak pagi2
Dan mula kena bangun cepat.
Sekarang pukul 5.15am dah kena bangun.
Nak mengejut bukan sorang
Mula-mula kejut Izzati, kemudian Danny..
Depa dah mandi baru sya pula mandi
Lepas tu kejut Hb lak..haa yang ni memang liat
Sama jer Hb dgn anak2 lelaki sya
Semua liat nak bangun.
Pagi-pagi sya dah jadi tarzan kejut mereka bangun.
Bukan boleh sekali.
Kita kejut , ermm jawabnya
Kita pi buat kerja lain..depa sambung balik tidor
Tu yg pagi2 dah jadi tarzan ..bebel jgn cakap lah
Letih mulut ni

Yang Qimie dgn Marsya lak lagi satu
Marsya senang lah sikit..angkat je dari katil..dukong ke bilik air
dudukkan dia ..mata pejam pun kena jirus gak
hehe
Last sekali yang paling liat..Qimie..
memanjang je mengamuk,,mengantuk katanya...
Ayat selalu yg qimie ckp bila kena kejut ialah...
Kejapnya tidor..
sabor jer lah..
padahal dia dah tidor dari pukul 10 mlm..
kita kejut dia pukul 6.30am pun dia kata mengantuk..
ishhh..anak..anak..

Itulah rutin hari-hari bila anak dah sekolah.
Letih memang lah letih..tapi nak buat camne..
Amanah pada kita kan..
Semoga semua anak-anak sya menjadi anak yang soleh & solehah, berjaya didunia & akhirat.




2 comments:

eynda said...

sya dah berhenti keje ke?

somuffins said...

Sya, tadika ni dah dekat sangat dengan rumah my friend.