Aku Adalah Aku, Terimalah Aku Seadanya, Kerana Tidak Mungkin Aku Akan Jadi Seperti Orang Lain, Tiada Guna Berpura-pura Jika Akhirnya Kekecewaan Yang Melanda
Envelope tu sya dapat kat JJ..sebab pergi shopping hari Sabtu..Sebenarnya sya lupa hari sabtu tak de beg plastik..Sya & Hb pun pergilah JJ..skali dah sampai baru teringat..nak patah balik malas..pergi je lah..ingat nak beli beg JJ tu je..
Skali kat kaunter dah bayar, depa letak dalam envelope..haa...mcm best lak..hehe..tak yah beli beg...
Patutlah sepanjang sya jalan dalam JJ tu tengok ada je orang pegang envelope..rupanya envelope tu buat isi barang yang kita beli..
Ni lah hasil belian kami sabtu lepas..semua HB punya.. :( ..tak pe nanti shopping untuk sya lak ye..hehe
Beli baju kerja HB, sebab tahun ni belum beli lagi baju kerja baru. Beli stokin & tuttt...hehe..kiranya hari ni HB pergi kerja semua baru lah..hahaha...
Sya baru jer cakap sendiri,..lama dah jawab tagged..apa orang dah tak minat nak wat tagged ke..hehe..skali malam ni masuk blog eynda ada tagged untuk sya jawab. Thanks eynda..sya cuba jawab.
1. First time jumpa with ur hubby bila n kat mana?
Pada 2hb December 1995 Kat site project kami kat Meru..
2. Love at first sight?
Tak..hehe..sebab masa 1st time jumpa HB ingat dia mamat Indon..maklumlah masa tu dia kerja site supervisor,dgn kemeja lusuhnya,dgn safety helmet & safety boot nya..skali baru tau dia sebenarnya QS yang dipinjamkan kesite utk jadi site supervisor
3. Who is he when the first time u meet him?
Site Qs cum site supervisor
4. How long it takes for him to ask u out of a date?
3 minggu..
5. First place dating?
Tengok wayang kat Cathay Klang..dah takde pun panggung tu
6. How he proposed?
Mana ada. Sebenarnya HB ikut sya beraya haji kat umah makcik kat N9..rupanya ummi sya dah minta pakcik sya slow talk dgn HB suruh masuk meminang. Padahal masa tu kami baru kawan tak sampai 3 bulan. Ummi sya ni typical malay sikit..maa tu dia tak kasi sya berkawan,maklumlah anak sulong..depa dok rasa sya ni kecik lai..hehe..3bln kawan HB masuk merisik & meminang
7. Special Date with your hubby?
27/12/20061996- Bertunang
29/11/20071997- Nikah
Note: Thanks kak somuffins bagitau sya silap tulis tahun...naya kan..anak dah besar nikahnya 10 tahun lewat..hehehe...
8. Changes that he asked u to do?
Tak cakap pun..sendri kena ingat lah..
9. What is about him that u love him so much?
Seorang yang penyabar layan kerenah sya
Taat pada agama
Pandai mengaji
Rajin memasak,membasuh & melipat kain
10. What is about him that u wish he would like change?
Terima dia seadanya..tak guna berubah kerana paksaan..tak ikhlas..biar HB sendri yang ubah diri dia yg dia sendri rasa tak elok.
11. U will lose ur mind n crack ur head when he?
Adalah satu peristiwa tahun lepas..moga tidak berulang lagi..
12. U will smile thru ur eyes for the whole day when he?
Ermmm..apa ekk..HB ni tak reti tunjuk romantik..oo..ye..bila dapat hadiah dari HB..
13. Complete below sentences 'My love towards my hubby is as big as..?
a universe..tiada harga yang dapat membayar nilai CINTA sya pada HB. Walau apa pun
Kebelakangan ni Sya rasa masa kami dengan anak-anak makin kurang. Bila Sya baca nukilan member blog sya yang tinggal kat Perth,LG yang mana mereka suami isteri ada masa weekday petang-petang bawa anak-anak ke park, dinner awal. Sedangkan kami..ermmm.. :(
Meh Sya listkan rutin harin kami..
5.15am: Bangun tidur & kejutkan anak-anak
6.50am: Keluar rumah untuk hantar anak-anak ke sekolah. Perjalanan dari rumah kami ke rumah MIL dalam 20minit. Itu pun HB bawa macam F1..faham2 jer lah yer..
7.45am: Singgah umah MIL lepas hantar Zetty,Danny, Qimie sekolah. Singgah untuk hantar beg sekolah petang dan beg baju mereka. Anak2 akan transit umah MIL lepas sekolah. HB pun pergi kerja naik motor dia dari sini.
8.00am: Sya hantar Marsya ke kinder.Dan terus ke Office
8.20am: Sya sampai Office
5.15-6pm: Biasanya sya dah sampai rumah MIL time ni. Depend dengan masa sya keluar ofis. Kalau keluar
5 tepat, sampai rumah MIL dalam 5.20pm. Biasanya masa ni yang ada hanya Marsya. SO sekarang sya tunggu anak-anak balik sekolah
6.45pm: HB sampai rumah MIL
6.55pm: Qimie sampai rumah MIL
7.15pm: Bertolak balik kerumah kami
7.45pm: Sampai rumah. Bergegas untuk solat maghrib
8.15pm: Masa untuk memasak & sya ajar anak-anak study. Sekarang sya kena beri tumpuan lebih pada Qimie kerana dia ada masalah sikit dlm pelajaran. Walaupun dia dah 2 tahun tadika, namun masih tak reti membaca & kenal huruf. Sya redha dengan kekurangan dia. Sebab setiap anak tak sama. rezeki masing2. Dan dia juga yang ada masalah kesihatan, jadi kena beri lebih tumpuan pada dia.
9.00pm: Dinner. lambat kan kami dinner. Ni pun biasanya HB masak simple je.
10.30pm: Anak-anak yang dah siap homework kena siapkan beg sekolah & beg baju
11.00pm: Masa anak-anak tidur. Itu pun kadang-kadang lewat mereka tidur
12.30am: Sya lak tidur. HB lagi lewat tidur, sebab dia suka melipat baju sambil tengok TV
Jadi itu lah rutin harian kami. Tersangat lah sibuk. Hinggakan sya rasa letih yang teramat sangat. Namun nak buat macamana, Inilah cabaran yg perlu dihadapai. Kadang-kadang sya rasa sekolah kat Malaysia ni terlalu mendesak anak-anak..anak-anak sekolah pun tak enjoy. target sekolah tinggi, anak-anak kita yang jadi mangsa. Kita pun terpaksa letak harapan yang tinggi pada anak2 sebab dah jadi lumrah kat Malaysia ni, semua orang akan sibuk menanya keputusan periksa anak2 kita dan banding2 kan.
Sya masih ingat lagi masa sya kecil2..selalu kena marah dengan bapak & dibanding2kan dengan anak2 sedara dia yg lain. Katanya dia malu dengan keputusan periksa sya lah..Ini membuatkan sya stress..namun syukur lah sya masih berjaya dalam pelajaran walaupun tak sampai keluar negara. Sya bersyukur.
Sekarang giliran anak2 pulak. Kesian pada mereka sebenarnya. namun dah ini sistem pelajaran kat Malaysia. tak hantar ke sekolah agama rakyat, rasa tak patut pulak..dunia & akhirat mesti kita seimbangkan..jadi inilah bayaran yang perlu kami & anak2 bayar untuk dapatkan kehidupan yang lebih baik kelak dimasa hadapan.
Entah angin apa melanda diri ni..malam semalam sya masak untuk dinner..hehehehe
Terus terang ye sya memang jarang memasak kat rumah...biasanya HB yang masak
Mesti ada yg kata teruk sya ni kan
Bukan apa, kami bagi tugasan macam ni...
HB memasak, sya ajar & tengok anak-anak study
Sebabnya anak-anak tak gemar belajar dengan HB
HB pun liat sikit nak mengajar anak-anak, kurang sikit kesabaran HB..
Tapi malam tadi sya ter-rajin lak...Ni makanan dinner kami malam tadi
Udang masak lemak nyonya..resepi rasanya sya dapat dari majalah SAJI tahun bila entah,lupa lah pulak.
Sayur bayam goreng..haaa yang ni HB masak..hehehe..sebab sya kureng skit bila masak sayur..ada je yg tak betul nanti bila sya masak..ada je komen HB, jadi sayur memang sya tak kan masak. HB masak ikut suka dia
Makan dengan Nasi Beringin..resepi sya dapat dari Blog curlybabesatisfaction, nak resepi amik kat sini yer http://curlybabesatisfaction.blogspot.com/. Tu ada juga ayam goreng,paru goreng. Ni hidangan untuk HB makan,tinggal letak kuah udang je.
Ayam goreng tu sebenarnya untuk Izzati,anak sulung sya, sebab dia alah makan udang. Jadi gorengkan dia ayam.
Ada lagi tau yang sya buat...ni haa
Rojak buah.. Hari tu balik dari Melaka ada beli Jambu ,mahal sungguh..RM8 satu peket,adalah dalam 10 biji. Jadi malam tadi sya buat rojak buah, letak jambu,nenas & timun je...
Sori ekk pada sesiapa yg nak tau nama hotel ni. Sya lupa letak ye.
Ni view hotel dari depan. Siap ada pintu gerbang lagi. Cantik sangat
Everly Resot Hotel.
Ye, sya stay kat hotel ni. Lebih pada condo lah, sebab ada yang 2 bedroom. Yg sya stay tu 1 bedroom.
Kat Melaka kami pergilah A-Famosa, Bukit St Paul tgk peninggalan church, Kubur Belanda, Istina Melaka, Muzium2 lain pun sya pergi gak. Tapi tak sempat [ergi ke Ayer Keroh & Makam Hang Tuah.
Betul ke tu Makam Hang Tuah, bukan ke katanya Hang Tuah ghaib. Entahlah..
Layan pic ye....
Hb dan anak-anak.
Anak-anak kat bukit St Paul, ni peninggalan church
Dengan kubur belanda pun nak bergambar ke..hehehe..Budak2 bukanya tahu tu kubur, Tu yg posing sakan. Dah amik pic baru bagitau..
Panas terik hari tu. Berpeluh-peluh..tak tahan wooo
Kat depan Istana Melaka
HB dgn Alfonso ...seram lah sya tengok pic ni. mata patung tu mcm ...eiii.....tatutnya...