Sakit tekak
Penat sungguh rasa
Mana taknya memanjat tangga hingga tingkat 4 sambil dukong Marsya yang berat
Semua nya kerana IZZATI..
Geram sungguh
Umur dah 12 tahun
Nak periksa UPSR tahun ni
Asik buat hal je
Minggu lepas tak nak pergi tusyen sebab tak bawa beg tusyen
Ni hari ni dia buat hal lagi
Tak nak pergi sekolah
Sebabnya....
Dia tertinggal tudung sekolah kat rumah nenek
Yang geramnya..bukannya dia nak bagitau
Kita dah lalu depan rumah nenek dia, boleh dia senyap je
patutlah Qimie dok tanya dia.."kak yong mana tudung"
Dah sampai sekolah dia dok keras dalam kereta tak nak keluar
Dah turunkan Danny & Qimie kat sekolah
Pergi rumah MIL,keluarkan beg sekolah petang & beg baju
Ambil tudung dia
terus sya pecut kesekolah semula
ehhh..dia buat hal lah pulak
menangis dalam kereta & tak nak keluar
sebab dah lewat..maklumlah sekolah dia masuk 7.15am,
tadi masa sya hantar dah 7.45am.
satu pelajaran dah lepas
dia silap
ingat ummi dia ni baik kot
ha kau..ambil..
sya campak beg dia keluar kereta
tarik dia keluar kereta
dah keluar tu pun tak nak masuk sekolah
setu keja lak
kana hantar dia masuk kelas
alahaiii..dah lah kelas dia tingkat 4..
memanjat lah sya dambil dukong Marsya & tarik izzati
Bukan apa
sya terpaksa tegas
tahun dia nak UPSR
mana boleh memonteng selalu
lagi-lagi minggu depan dah start ujian
Alahaii..anak oo anak
Bukan Ummi tak sayang
Ummi sayang semua anak-anak ummi
tapi ada masanya ummi kena bertindak tegas
semua demi masa depan
Ye..masa ni anak-anak akan marah dengan ummi
tapi suatu hari nanti baru kamu semua sedar kenapa ummi buat begini.