Friday, May 15, 2009

Kemaruk....

Entah apa yang merasuk kat sya dua tiga menjak ni lah..nak tau apa sya buat malam tadi..
Taraaa

Sya buat Bun Pandan..ikut resepi dari blog Dapur Tanpa Sempadan.
Sya buat guna hand mixer jer..nak tunggu KA lambat benor tabung gajah nak penuh..hehehe
sebabkan adunan ni lembik sikit jadi sya masukkan dalam loyang muffin..lagi satu sepatutnya atas roti ni letak kaya, tapi sya lupa beli kaya,jadi masa makan tadi anak2 sya letak jem jer..
memang lembut roti ni..ni buat malam tadi siap pukul 11pm..Senang jer cara nak buat, campak kan semua bahan dalam mixer tu..Tapi sya tak makan roti ni, saje buat untuk Anak-anak


Sebelum tu sya buat Banana Choc chip Muffin..Yang ni sya makan..hehehe..2 ketul sekali..

Malam ni nak buat yer..rasanya nak buat jelly buah atau pun puding jagung..kemaruk betul sya ni kan..manalha taknya berat badan slow nak turun..dah dekat 2 minggu dia dok kat situ jer berat ni..



Tuesday, May 12, 2009

Marsya Bergaya



Marsya dah lama minta nak sunglasses. Hari Sabtu malam sya kemas-kemas almari jumpa lah pulak kakak dia punya. Lama betul sunglasses tu dari izzati umur 5 tahun, sekarang dia dah 11 tahun. Apa lagi tukar hak milik lah nampak gayanya. Jadi Marsya punya pulak. Save duit ummi tak yah beli baru..hehehe


Layan jer lah picca Marsya bergaya dengan sunglasses baru dia. Yang bestnya malam pun dia pakai jugak..hehehe

Qimie demam

Sebenarnya dari hari isnin minggu lepas Qimie dah tak berapa sihat. Bila petang jer mula dia demam. Sya hanya bagi makan ubat jer. Hari rabu sya saje bagi dia minum air kelapa. Sekali hari khamis petang lepas balik keja sya terperanjat tengok muka Qimie. Terbakar..macam kena sunburn..

Sya tanya dia ada main panas ker..ye lah Qimie ni memang aktif, tak reti duduk diam, selalu main basikal roung kawasan rumah nenek dia. Tak jawabnya.

Jadi malam tu sya bawa pergi klinik..haa..sah Qimie kena demam campak..doktor pun kata demam campak..Malam tu abis keluar semua campak dia..mengerutu kulit Qimie. Letak lah ubat dari klinik kat dia..


Marsya tengok abang dia macam ni..ada ke dia kata abang dia macam ZOMBI Kg Pisang..sabor jer lah budak kecik tu..Mengamuk abang dia bila adik cakap macam Zombi..

Hari ni tengok dah surut campak dia. Esok bolehlah gi sekolah .

XTVT hari Ahad

Hari ahad semperna hari Ibu, sya rajin sikit..hehehe,
Masak nasi lemak untuk sarapan, kari ayam,ulam timun sambal tempoyak untuk lunch makan kat rumah ummi, buat cup cake lagi. Lupa lak nak amik gambar lauk, yang ada hanya gambar cup cake jer.


Sya buat 2 jenis cup cake iaitu carrot & banana cupcake..pastu letak butter cream cheese. Lupa diet hari tu..hehehe


Dah siap letak kat kek, Marsya makan cream tu macam tu aje..sedap benor lah tu..hehehe..Anak2 dara semua sibuk nak menolong. Biar lah..belajar dari kecik

Petang tu kami pi JJ Bukit Tinggi...



Ada promo Sustagen. Anak-anak semua join game kat situ. Dapat lah depa sorang satu goodies bag. Dalam bag tu ada radio, sample susu & pamplet.

Hari tu sya pakai baju baru..hehehe

Baju ni pakai dengan legging & inner hitam..selamba jer pakai macam ni..hehehe..Biarlah nak malukan apa, yang penting aurat tutup. Hubby pun kata ok pakai macam tu.

Saturday, May 9, 2009

SELAMAT HARI IBU


SYA INGIN MENGUCAPKAN :

SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA RAKAN-RAKAN BLOG DAN RAKAN-RAKAN FORUM


LUV U ALL..MUAHHHHH...

Friday, May 8, 2009

Ummi


Entah kenapa pagi ni hati sya tiba-tiba sayu jer bila dengar Aznil kat Radio Era. Topik pagi ni semperna hari ibu. Sya teringat pada ummi sya. Jadi posting kali ini sya tujukan khas buat ummi yang paling sya sayangi, Pn Zaleha...

Ummi...
Pagi ni Yong rasa sayu sangat. Yong sendiri tak tahu kenapa ummi. Mungkin kah kerana Hari Ibu yang bakal disambut ahad ni...mungkin yer..
Namun sebenarnya Yong Rindu sangat pada Ummi...
Yong rindu nak makan masakan Ummi
Yong rindu nak tidur dengan Ummi
Yong rindu semua yang Yong lalui dulu dari kecik hingga dewasa

Ummi..
Banyak dugaan yang kita tempuh yer selama ni
Dengan hinaan orang pada Ummi
Dengan orang dengki pada Ummi
Dan juga perbuatan ipar-duai pada Ummi
Hanya kerana ketegasan Ummi dibenci oleh ipar-duai
Namun Ummi tetap sabar dan tabah

Ummi..
Yong tahu Ummi susah nak besarkan kami
Masih ingat lagi kan, semasa kita pindah ke Klang dari JB
Masa tu kita benar-benar berada dibawah
Dengan segala hutang..duit tak cukup
Ummi meminjam dari orang..orang hina ummi kerana tak dapat bayar pada waktu yg ummi janjikan
Namun ummi tetap juga selesai kan hutang itu walaupun lambat
Yong tahu Ummi bangun tiap-tiap hari pukul 4am untuk buat nasi lemak
Nasi lemak itu untuk Ummi tumpang jual di kedai india di Andalas
Aid pula pagi-pagi kayuh basikal lebih kurang 3 km ke Andalas untuk hantar nasi lemak sebelum ke sekolah tiap-tiap pagi..
Duit nasi lemak sebanyak RM200 itulah Ummi kirim pada Yong tiap-tiap bulan sebagai belanja Yong masa belajar di Ipoh ..
Memang tak cukup Ummi..hingga tiap-tiap bulan hampir 2 minggu Yong akan ikat perut..
Yong tak ada duit untuk makan..
Yong masih ingat lagi bila kawan-kawan Yong beli makanan kat kedai, Yong kirim kat kawan-kawan beli nasi kosong letak kuah saja, kena RM1.00..
Kerana yong kena jimat sehingga ummi kirim duit bulan depannya..
Bila kawan2 yong makan, yong akan masuk bilik air basuh baju sambil menangis..
Bila kawan2 dah habis makan, baru Yong keluar bilik air & makan nasi kosong
Sebab yong segan.
Itu pun sehari sekali jer Yong makan Ummi
Yong tak nak minta duit, kerana yong tahu Ummi pun tak ada duit

Ummi
Masih ingat lagi kan masa Yong mula-mula kahwin
Sham kena berhenti kerja sebab company tutup
Yong mengandung, hingga hampir melahirkan pun satu barang yong tak dapat adakan
Ummi tolong siapkan sarung tilam, sarung bantal, belikan tilan untuk anak yong
Salwa tolong belikan baju, diaper untuk anak yong
Yong benar-benar terharu
Sebab dikala susah, hanya Ummi dan adik-beradik yong sahaja yang menghulurkan bantuan..
Dari pihak sana..ermmm...tak usah lah nak kenang, buat menambahkan lagi sakit hati
Kesian yong lihat Sham pada waktu itu..sudahlah tiada kerja, tak dapat sediakan peralatan anak, keluarga tak membantu..
Namun Allah tu Maha kaya, seminggu nak melahirkan, Sham dapat duit insuran kerana kemalangan 3 tahun sebelum kamu kahwin..rezeki anak yer Ummi


Ummi
Bila Bizz Ummi berjaya ada pula yang dengki
Ummi dibuat orang, hingga hampir lumpur sebelah badan ummi kerana ilmu hitam yang orang kenakan pada ummi
Namun ummi tetap tabah
Ummi redha dengan semua ini kan
Hingga lingkup Bizz ummi..
Habis semua kena lelong
Habis semua barang kemas Ummi gadai
Namun Ummi tetap tabah

Yong benar-benar sanjungi Ummi
Yong tak sekuat Ummi
Yong tak setabah Ummi
Yong tak tahu bagaimana hidup Yong tanpa Ummi

Ummi
banyak nasihat yang Ummi beri pada yong
Disaat yong hadapi masalah rumahtangga..ummi lah tempat yong mengadu
Walaupun ada kala nya kita tak sependapat..namun Yong tetap hargai & sanjungi Ummi

Ummi
Yong tahu tiada nilai segala pengorbanan yang telah ummi berikan pada kami
Tiada apa yang dapat membalas segala susah payah ummi
Maaf Ummi Yong tak dapat bagi emas berlian, wang berjuta, kekayaan pada Ummi
Namun Yong Janji, selagi Hayat dikandung Badan, Yong akan cuba sedaya upaya untuk membahagiakan Ummi..

TERIMA KASIH UMMI..
Kerana Melahirkan Yong
Kerana Membesarkan Yong
Kerana Memberi Pelajaran Pada Yong
Kerana Mendidik Yong hingga Yong Jadi seperti sekarang
Kerana Bersusah Payah Mencari wang Untuk menyekolahkan Yong
Kerana Bersusah Payah menguruskan majlis perkahwinan Yong dengan keadaan kita yang susah waktu itu
Kerana bersusah payah menjaga Yong selama berpantang melahirkan 4 orang anak
Kerana bersusah payah masa yong selalu sakit pinggang dari kecik hingga kini
Untuk segala-gala nya Ummi

Dah tiada kata-kata lagi yang dapat mengambarkan betapa besar pengorbanan, kasih sayang yang Ummi berikan pada kami



Monday, May 4, 2009

Tag From Lybeau

Tag From Lybeau

Th
e Rules are simple.

  1. Use Google Image to search the answers to the questions below.
  2. Then, you must choose a picture in the first page of result and post it as your answer.
  3. After that tag 12 people.
Q.1 : THE AGE OF YOUR NEXT BIRTHDAY?


Q.2 : PLACE I LIKE TO TRAVEL THE MOST?


Q.3 : My Favourite Food?


Q.4 : NICKNAME THAT I HAVE ?

Q.5 : MY FAV COLOR?


Q.6 : THE CITY I LIVE NOW?


Q.7 : THE PLACE I WAS BORN?

Q.8 : MY COLLEGE MAJOR


Q.9 : MY BAD HABIT?


Q.10 : MY HOBBY?


Q.11 : MY WISH ?
Tak de sapa sya nak tag sebab RL dah tag..hehehe..