Tuesday, May 12, 2009

Qimie demam

Sebenarnya dari hari isnin minggu lepas Qimie dah tak berapa sihat. Bila petang jer mula dia demam. Sya hanya bagi makan ubat jer. Hari rabu sya saje bagi dia minum air kelapa. Sekali hari khamis petang lepas balik keja sya terperanjat tengok muka Qimie. Terbakar..macam kena sunburn..

Sya tanya dia ada main panas ker..ye lah Qimie ni memang aktif, tak reti duduk diam, selalu main basikal roung kawasan rumah nenek dia. Tak jawabnya.

Jadi malam tu sya bawa pergi klinik..haa..sah Qimie kena demam campak..doktor pun kata demam campak..Malam tu abis keluar semua campak dia..mengerutu kulit Qimie. Letak lah ubat dari klinik kat dia..


Marsya tengok abang dia macam ni..ada ke dia kata abang dia macam ZOMBI Kg Pisang..sabor jer lah budak kecik tu..Mengamuk abang dia bila adik cakap macam Zombi..

Hari ni tengok dah surut campak dia. Esok bolehlah gi sekolah .

No comments: