Monday, May 18, 2009

Terima Kasih Cikgu


Sya nak cerita sikit kenangan masa sekolah sya
Sya rasa tak banyak yang indah
Sebab sya ni tak bijak sangat masa sekolah rendah. Malas yang lebih

Sya masa sekolah rendah memang budak nakal.
Sya pernah melawan cikgu sya. Masa tu sya pun tak tahu kenapa sya benci sangat denga cikgu Ashikin tu..Sya tiap0tiap hari tak buat homework dia , sya melawan dia.
Hingga satu hari sya kena panggil dengan Cikgu Besar..Sya masik ingat lagi nama cikgu tu..Cikgu Nasir
SYa ni jenis tak reti takut..pergi selamba jer jumpa Cikgu besar tu
Tapi sya benar-benar selute cikgu Nasir tu
Dia tak marahkan Sya
Sebaliknya dia cakap dengan sya secara lembut
Kami lebih banyak berbual.
Cikgu nasir tanya tengtang background sya
Kami berbual-bual
Dalam bualan tu Cikgu Nasir selitkan nasihat buat Sya
Kendur juga sya
Dari hari tu sya dah tak melawan cikgu lagi

Lagi seorang cikgu yang sya ingat sampai sekarang ialah CIkgu Latif
Cikgu ni memang best & sempoi
Dari sya Darjah 1 dia suka mengusik sya
Cikgu Latif ni jugak lah yang cadangkan pada pihak sekolah untuk lantik sya jadi pengawas
Pada mulanya mana2 cikgu yang tak suka sya, tak setuju
Tapi cikgu Latif ada missi dia tersendiri
Kata cikgu latif, tujuan dia lantik sya jadi pengawas ialah supaya sya berubah
Berubah jadi pelajar yang baik..tak melawan cikgu & buat homework
Sebabnya ialah kerana.....

Cikgu Latif nampak potensi sya..Sya tak pernah turun kelas, sya dari darjah 1 hingga 6 duduk kat kelas no.1, Sya aktif sukan, segala jenis sukan sya masuk..lumba lari, netball, handball
semua sya masuk
Sya tahu ni pun setelah nak habis darjah 6, cikgu latif beritahu
Memang hakikatnya Cikgu Latif berjaya
Sya dah jadi budak baik sikit..hehehe..tak nakal macam dulu..gaduh & bantai budak lelaki..melawan cikgu..
Bila kenang-kenang semula, Ganaz jugak ni dulu
Nasib dah naik sekolah menengah sya jadi baik, berjaya melanjut pelajar hingga kerja yang bagus sekarang

Dikesempatan ni Sya nak ucapkan Terima Kasih Pada
CIKGU NASIR, GURU BESAR SEKOLAH KEB.PASIR GUDANG 1
DAN
CIKGU LATTIF, dulu juga mengajar di SKPG1

Dan pada semua cikgu-cikgu yang pernah mengajar sya di
SEK.Keb Pasir Gudang 1, Sek. Men. Pasir Gudang 1.


No comments: