Monday, March 2, 2009

Selangor VS Kelantan

Sabtu lepas 28/2/09, Sya dan Hubby pergi Stadium Shah Alam tengok Bola. Kami memang selalu pergi berdua tengok bola. Biasanya kami kalau pergi naik motor, senang nak balik, kalau naik kereta sah-sah kami akan sangkut. Bila naik motor TZM ni rasa macam bercinta semula..hehehe..Seronok juga dapat berdua naik motor dengan Hubby.

Masa pergi, hujan renyai. Basah jugalah kami berdua. Kami duduk kat tempat VIP, dekat dengan tempat wartawan & penyokong Kelantan

Berlaku insiden tak menyenangkan masa masa kedua perlawanan. Setelah selangor berjaya menjarang gol kedua, penyokong Kelantan mula bertindak ganas. Mereka naik ketingkat atas dan baling air batu, botol air mineral yg masih berisi & bangku tempat duduk kat stadium tu dikopak dan baling kebawah. Ramai yang kena air batu & botol air tu termasuk suami sya. 2 kali suami sya kena.

Masa tu semua dah tak tangok game lagi, masing2 sebuk pandang kebelakang & tengok atas. Ye lah takut kalau kami pun kena objek yg dilemparkan. Nyaris seorang budak kecil kena bangku yg dipemparkan, nasib bapa dia sempat tarik budak tersebut, kena sikit kat bahu. Bayangkanlah kalau bangku tu kena tepat atas kepala budak kecik yg sya rasa baru tadika tu, mesti berdarah kan. Kecoh juga, sebab ramai penyokong Selangor mula memanjat naik keatas Y gaduh dengan penyokong Kelantan. Polis & FRU pun ramai yang naik untuk huraikan keadaan. Kata abang ipar suami sya yang bertugas polis mlm tu, lepas game berlaku juga pergaduhan kat luar stadium. Nasib kami dah balik awal

Kami tak tunggu sampai habis game, lagi 15 minit sya ajak suami balik, sebab takut benda buruk lagi berlaku. Kami dah lah parking motor kat tempat ramai penyokong Kelantan, takut mereka apa2kan. Tapi sya masih sempat lah tengok jaringan ke-3 tu masa tengah jalan nak keluar. Selangor menang 3-0

Tapi sya benar-benar kecewa denga sikap penyokong kedua-dua belah. Kenapa perlu bergaduh, mana pergi sikap kesukanan. Kenapa terbawa2 sikap kenegerian hingga kedalam sukan. Manalah bangsa melayu nak maju kalau hal remeh pun boleh jadi gaduh mcm ni.

2 comments:

Anie said...

perghhh romantik sehhhh sya n hubby ...tingat masa zaman muda2 dulu...naik ngan bf..moto rz jek...hahahah skg hubby orang lain...naik kete n lori plak....kuang kuang...
ngeri ek...jadi camtu...nasib baik tak kena orang2 yg tak bersalah kannn.....hishhhhhh

uMMisYa said...

Ni moto dari zaman kami bercinta, lama dah motor ni.Banyak kenangan.Motor ni hubby beli masa kami baru 1 bulan kenal.Hubby sayang nak jual.Tapi biasalah motor dah tua, banyak ragam.lagi2 hubby bawa gi keja hari2, jauh lak tu dari Klang ke Gombak ulang alik