Friday, June 5, 2009

African Marble Cake

Semalam sya buat cake marble. Resepi dari member net Honeyponey kat US..Sedap sangat.
Punyalah semangat nak buat cake ni sebab dah janji dengan ummi nak bagi masa makan
malam yg salwa belanja malam tadi.
Sya terus balik rumah dari ofis, tak amik anak2 dulu. Sampai rumah dalam 5.30pm, terus kan project buat cake ni. Senang buat- nya..
Cuma masa bakar tu dah letak temperature 170 c,35min..cucuk tepi dah masak..keluarkan lah, skali tengah tak masak lagi..terus bakar kali ni temperature sya letak 185c lagi 25min masak..baru masak tengah tu,nasib cake tak bantat.
Elok gebu cake tu, sedap lah pulak. Thanks Honey for the recipe


African Marble Cake

Bahan-bahan:
250 g Tepung naik sendiri
200 g gula kastor
300 g telur - timbang tanpa kulit
1 camca besar ovallate
1 camca teh baking powder( campur dalam tepung)
2 camca besar susu pekat
50 g air
175 g butter - dicairkan
coklat emulco - sya ketak strawbery & choc emulco

Cara-caranya:
1. Pukul ... semua bahan kecuali butter cair dan emulco hingga pekat dan kuantitinya menjadi
double.
2. Masukkan butter cair dan kacau adunan sebati.
3. Asingkan ke -3 adunan. Campurkan emulco. Tuang adunan banyak dalam loyang. Tuangkan sedikit2 adunan emulco dan corakkan atas adunan banyak.
4. Bakar. (Pastikan adunan hanya separuh loyang sebab kek ini akan naik double) Suhu 160 selama 45 minit atau sehingga masak.
5. Setelah masak, biarkan 5 minit dalam loyang lepas itu keluarkan. Ini untuk elakkan kek jadi kecut.


Cuba lah kawang-kawan..sedap dan lembut sungguh.

No comments: