Monday, August 3, 2009

Wan Hazim Zulhaqimie





Sya nak cerita sikit pasal Qimie.
Qimie anak ketiga dari 4 adik beradik. Lahir kat klinik Bersalin Razif Norana, Klang.
Qimie ni sya bersalin on duedate dia, sya minta induce, sebab dah tak larat bawa perut..hehehe.
Lagi 1 nak tarikh 1hb, senang nak ingat. Sya selalu kena false signal. Tu yang minta bersalin dari dr.

Hari 1/8/09, Hari jumaat. Pagi-pagi memang ada appointment dengan Dr, untuk check-up. Lepas c-up, cakap dengan Dr, nak bersalin hari ni. Dr check bukaan, dah ok. So Dr kata boleh masuk ward, Tapi Dr suruh pi lunch dulu.

Lepas lunch sya pun daftar kan diri untuk bersalain..hehehe..

Procedure macam selalu, check-in, pilih pilih. Sebabkan bilik belum dapat lagi, depa letak sya kat open ward sekejap. Tukar uniform then masuk ubat utk poo-poo. Lepas masuk ubat, sya pun pi lah toilet. Tak nak lak poo-poo, jenuh tunggu.Lepas semua dah selesai, sya gi balik kat katil.

Skali nurse suruh masuk labor room, tapi HB belum datang lagi, sbb amik beg & barang2. Nurse ckp tak pe, nanti depa inform HB.

Sya pun melangkah dengan berat kaki. Seriau pun ada sebenarnya. Yer lah , tak sakit apa2, tup-tup nak beranak. Dah target mesti sakit lebih ni..hehehe

Bila dah masuk labor room, seperi biasa, sya diinduce, masuk drip. Pastu sorang Dr ni masuk, Dr apa lak namanya , lupa lah, Dr india, Dia cuba nak pecahkan air tuban, tapi tak boleh katanya. Hb dah ada dengan sya.

Hampir 2 jam sya tunggu, tak juga rasa sakit nak bersalin. Siap sya tak kasi Hb gi Solat, yerlah masuk wad dalam 1pm, ingatkan dalam 2 jam settle. Skali dah dua jam, abuk tak tak rasa.

Then bila Dr tukar shif masuk Dr. lain, skali sya bgtau lah air tuban belum pecahkan. Dr tanya nurse kenapa tak pecahkan, nurse bgtau, 1st Dr kata tak leh pecahkan masa ida cuba. then 2nd Dr ni pun trylah pecahkan, senang jer.Tau2 dah basah..hehehe...

Bila air tuban dah pecah barulah mula rasa sakit. Dalam 1 jam lepas air tuban pecah, rasa sakit dah mula menggila. Tapi bukaan belum besar lagi. Nurse inect kat peha ni, depa suruh tidor. Lepas inject tu, lelap lah sekejap, tapi sekejap jer. Then mulalah pertarungan.

Sakit dah mula rasa, ada sorang senior nurse india ni, dia baru jer lepas tengok sya,dia keluar sekajap. Masa tu sya dah rasa sakit sangat. Masuk nurse melayu, dia tengok sya dah sakit, dia pun terus sheck bawah..tehnnn.. Full..

Nurse ni dengan tenangnya suruh sya teran bila rasa sakit, meanwhile dia pasang besi untuk letak kaki kita. Bila dah siap letak palang tu, kaki sya pun diltakkan kat palang tu. Katil bawah pun dibuka. Dr masuk. Sya ingat lagi nama dr ni. Dr Arissa. Kecik jer Dr ni. Rendah. Bersalin kali ni Dr tak gunting, Dr nak suruh normal, tak yah gunting bawah. Sya pun meneran lah, Payah sungguh nak keluar. Skali dr suruh teran kuat2..sya pun sekuat tenaga teran lah..

Sekaliiiii..bedebus anak sya keluar..bukan sikit2..sekali keluar satu badan, terbang . Nasib Dr sempat sambut. Yer lah baby dah lah licin kan. Dr sambut anak sya betul2 atas riba dia..Nasib Dr ni cekap. Mengucap Dr. Siap Dr kata " Anak awak terbang lah." hehe..dalam sakit tu sempat Dr wat lawak

Sya ingatkan besar lah anak sya ni, sebab payah nak keluar, skali setakat 2.90kg jer. Yg besar kepala hehehe..tu sebab jenuh nak teran. Qimie selamat dilahirkan 4pm.

Dah abis bab bersalin, sya nak cerita bab yang mencemaskan

Genap seminggu umur qimie satu insiden yang hampir meragut nyawa dia berlaku. Masa tu tengahari, dalam 2pm. Sya baru sudah bagi Qimie minum air masak sebab cuaca panas & sya makan jamu, tu yang sya bagi dia air masak gak. Lepas tu sya buka bedung Qimie, sya letak dia atas tilam, sya masa tu kat ruang tamu. qimie kat atas tilam atas lantai, sya baring atas sofa. Skali sya pandang Qimie, dia mengiring kekanan, membelakangkan sya, sya tengok tangan dia terangkat2. Sya pubpusingkan dia, tup2 sya tengok air keluar dari mulut dia. Qimie hampir lemas. Cepat2 sya angkat qimie, sye tepuk belakang dia, air keluar dari mulut Qimie, Sya dah gabra. Masa tu hanya tinggal sya dgn bapak, bapak lak ada kat bi.lik atas. Sya tonggeng Qimie atas kaki sya, sambil tepuk belakang dia. Sya panggil nama Qimie

Yang sya sedih, bila tengok muka & mata Qimie. BIla sya panggil dia buka mata, then tuup semula. Lidah dah terkeluar. Sya call Ummi di kedai, minta balik rumah . Ummi kata ya..Then sya teruskan panggil & tepuk qimie. Dalam 5 minit ummi tak sampai jugak. Sya dah hampir histeria tengok anak. Sya call lagi ummi meraung dah masa tu. Minta ummi balik cepat. Rupanya nya lepas sya call yg pertama tu, ummi boleh sambung makan lunch, dia ingat tak de apa2. Bila sya call kali kedua, menjerit2, baru ummi bergags balik. Dalam 5 minit ummi sampai dgn adik sya. Terus amik Qimie dari sya, ummi & adik sya bergegas ke Klinik. Sya tinggal kat rumah menangis sorang2. Sya call Hb, dah tak leh cakap apa lagi. Sya cuma ckp, Qimie2,then menangis. Hb terus balik dari ofis kat Gombak ke klang. Tak tahu berapa laju Hb bawa, tak sampai 30min Hb sampai rumah. Sya suruh Hb ke Klinik

Hampir 2 jam Qimie kat klinik. Bila balik, sya terus ambil anak. Syukur Qimie selamat. Dr kata Qimie hampir lemas. Syukur masa tu sya tak tidor. Itu yang banyak kes, baby meninggal sebab lemas susu. Sejak dari itu Sya memang jaga bila lepas bagi Qimie susu or air. Sebab lepas kejadian tu, ada 3 kali juga qimie muntah susu lepas dia minum.



Ni pic Qimie masa masuk Hospital Pantai Klang Tahun 2008, sebab kena asma. Kiranya 2 kali dah Qimie masuk wad sebab asma. Qimie kena 1st attack masa umur 3 tahun. Puncanya dia berendam lama dalam air yg sejuk kat Jeram Toi, Jelebu. Balim dia kena attack. Dah nasib lah pulak dia sorang kena asma dalam keluarga. Qimie kiranya teruk jugak dulu kena attack. Syukur sekrang dah kurang. Sekarang kami masih mencari ubat yang mujarab untuk hilangkan asma Qimie. Moga 1 hari nanti, qimie sembuh dari Asma ni.

1 comment:

Cikgu Ibrahim said...

Saya singgah buat mengucapkan Selamat Berpuasa