Friday, August 28, 2009

Ramadhan Ke-7

Salam semua. Semalam hingga pagi ni hujan kan..lebat sungguh. Hujan rahmat tu..

Semalam sya tak dapat pergi bazar yang selalu pergi,sebab hujan. Jadi kami hanya singgah bazar berhampiran rumah sya. Beli kuih jer,Beli popia & badak berendam. Sampai rumah cepat-cepat sya masak. Semalam sya ingat nak masak speghetti skali tgk tak de stok lak, jadi gantikan dengan macaroni.Sos sya gunaprego cendawan, letak ayam cincang, tambah italian herbs & sosej saje..siap..hehe

Tapi 11pm HB masak sayur,goreng tempe & ikan goreng sebab Hb nak makan nasi jugak. SYa lak tak kisah tak makan nasi. Hb mesti nak makan nasi..ermmm..nasib dia rajin masak..

Sahur lak sya hanya masak nasi goreng kampung & telur dadar..ni kes malas nak masak lah...mengantuk sesangat sya rasa. Malam tadi sakit kepala & sya makan panadol tu yg bangun pagi 4.30am,sebab mata tak leh nak bukak. Oklah tu ada gak benda panas untuk HB & anak-anak makan.

SYa sekarang memang liat lah nak letak pic..mesti tak meriahkan blog kalau tak de pic..bukan apa..mood tu tak de lah...

Ni sekarang project nak gunting baju kurung anak2. Asik terganggu jer..Baru gunting lengan, Marsya datang mengacau. Payah sungguh. Insyaallah Sabtu & Ahad ni sya kena habiskanjuga menggunting semua baju. Sebab 1 minggu akhir puasa sya nak buat kuih lak. SO kena siapkan jahit baju sya & anak2 dalam 2 minggu ni. Harap2 sempat lah sya siapkan semua. Nasib buat baju kurung jer..sebab tu jer pun yang tahu,,,hehehe

3 comments:

POSH76 said...

bagusnyer pandai jahit baju...

salam ramadhan...

somuffins said...

Salam. Untung you hubby pandai masak. Dah siap baju anak2??

Kaseh said...

#HIDUP HANYA SEBENTAR#
SEBENTAR senang
SEBENTAR sedih
SEBENTAR pokai
SEBENTAR berduit
SEBENTAR ketawa
SEBENTAR lagi…
LEBARAN Aidil Fitri

Andai jemari tak sempat berjabat, andai raga tak dapat bertatap, seiring bedug yang menggema, seruan takbir yang berkumandang, kuhulurkan salam menyambut hari raya Aidil fitri, jika ada kata serta khilafku membekas lara, mohon maaf Zahir dan batin..

Kaseh