Saturday, November 7, 2009

Ini kah..itu kah

Hari ini hati ini mula sekali lagi berkata-kata
Sampai bila nak begini.
Sampai bila nak setakat ini je
Sampai bilaaaa

Entah lah, kadang-kadang tercari-cari dimana jawapannya
Ada kalanya rasa seperti telah ketemu dangan jawapan
Namun bila direnung-renung seperti salah pula jawapan itu

Adakah ini semua kerana tiada keyakinan
Atau kerana beban dan tanggungjawab yang banyak
Membuatkan diri ini takut
Ya..takut dengan keputusan yang akan dibuat

Takut jika tersalah langkah
Takut jika dengan keputusan itu membuatkan kehidupan makin sukar
Tapi satu keputusan mesti diambil

Masa tak menunggu.
semakin hari makin hampir
Keputusan masih samar-samar

Ahhhh...susah hati memikirkan
Nak diluah mati emak..
Nak ditelan mati bapak

Sana-sini masaalah
Setiap hari berbagai-bagai hal yang datang
Hingga kadang-kadang terasa sudah tidak mampu lagi nak menerima
Sudah tidak mampu lagi nak menanggung
Tapi tak boleh nak biarkan saja
Tak boleh nak buat bodo jer
Tak boleh nak lepas tangan jer

Arghhhhh...giler bila memikirkan
Sana nak tanggung..
Sini nak tanggung

Ya-Allah...
Kau permudahkan lah segala urusan ku
Kau bukakan lah pintu reseki mu buat ku
Kau kuatkan lah iman ku
Kau tabahkan lah hati ku

Jika keputusan yang bakal ku buat ini baik untuk ku dan keluarga
Kau permudahkan lah
Kau berkatilah

Amin.


1 comment:

Anie said...

salam sya...lama tak bual ngan sya....ape kabar....cam berat beban yg sya tanggung kan....sabar eh sya...ari tu gi pasir gudang yek...sian sya....ape la...dugaan camni kan...
neway sya nak quit ke dear....emmmm