Saturday, December 31, 2011

2011

Pejam celik pejam celik 
Sedar tak sedar kita telah di penghujung 2011
Terasa masa kini semakin pantas berlalu
Terlalu banyak perkara yang manis dan pahit telah berlaku

Ditahun 2011 ni sya telah bekerja di 2 syarikat
Tak pernah lagi dalam sejarah kerja sya bekerja di satu syarikat tak sampai setahun
Walaupun syarikat tersebut besar & public listed dan memang lama diidamkan untuk kerja situ
Namun kerana suasana kerja yang amat memenatkan
Kerja masuk 8am - 5.30pm, namun nak dapat balik 5.30 amatlah payah
Ditambahkan dengan LADY BOSS yang teramat menyesakan hati dan fikiran
Setelah 8bln menanggung kerenah LADY BOSS yg hangin satu badan & meroyan
Sya dapat tawaran kerja, dengan pangkat yang lebih besar
Dari syarikat yang tak besar tanpa sya duga
Hakikatnya sya tak pernah apply mana-mana kerja, namun syarikat itu tahu kemampuan sya
Mereka offer tanpa perlu interview..Syukur

Namun tahun 2011 ni sya diduga
Sya notice sepanjang tahun semasa sya kerja company lama
Asik lah demam dan sakit
Hingga masuk company baru ni..awal2nya sya demam juga
Bayangkan sepanjang Ramadhan sya demam kebah demam
Hingga lah bulan October sya mula sakit kaki
Sakit yang mulanya sikit
Kemudian bertukar menjadi sakit yg teramat
Hingga ke awal November Hb mambawa sya ke Klinik untuk pemeriksaan
Sehari sebelum ulangtahun sya, sya mendapat keputusan ujian darah
yang mana hasil ujian ini mengesahkan apa yang Dr jangka
Sya mengidap Rheumatoid Arthritis
Betapa luluh hati ini mengenangkan diri mengidap sakit yang tak de ubat menurut kata Doktor
Semenjak October kesihatan sya makin merosot
Pergerakan sya juga makin merosot & terbatas
Kaki sya sakit dan bisa yang teramat
 Sakit yang sering mengundang air mata ini

Namun sya redha dengan semua dugaan Allah pada sya
Kerana sya tahu Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk sya
Kerana sya tahu Allah tak akan menduga sya lebih dari apa yang sya boleh tanggung
Kerana sya tahu Allah mahu menghabuskan dosa2  yang sya lakukan
Kerana sya tahu Allah nak bagi peluang untuk sya bertaubat dan beramal

Semoga 2012 membawa sinar baru dan bahagia dalam hidup sya


YaAllah..hanya pada mu aku memohon dan meminta
Kau berikanlah ketabahan dalam diri ku
Kau kuatkan lah iman ku
Kau kurniakan lah kebahagiaan untuk ku dan keluarga


4 comments:

Ibuhani said...

Semoga ummisya diberi kekuatan n tabah mengharungi hidup bersama keluarga.....insyaallah, redho kita x akan disia2kn oleh Allah SWT. Semoga dimurahkan rezeki sepjg 2012 nanti..... :)))

uMMisYa said...

Kak Ani: Terima kasih kak

Rozita said...

Semoga sya tabah dalam menghadapi segala dugaan. Allah menduga seseorang itu mengikut kemampuannya. Semoga dilimpahi rahmat Allah di tahun 2012 ni.

uMMisYa said...

Rozita: terima kasih. Amin