Dialog semalam masa balik rumah lepas keja
Sya: Awak belajar tak siang tadi
Qimie: Ada
Sya: Berapa lama belajar
Qimie: tak tau
Sya: Habis tu hari ni apa yang awak buat
Qimie: Main badminton dengan Cik Chim. Ummi, CIk Chim kan beli handphone baru warna pink.
Sya: Biar betul Qimie, Cik Chim tu kan lelaki,tak kan dia beli Handphone warna pink
Qimie: Betul Ummi, Cik Chim beli handphone baru warna pink, jenis SAMSUL..
Tersedak sya dengar brand HP tu..hehehe
Rupanya Brand Samsung. Punya lah semangat nak cerita,sampai brand pun salah. :)
Cik Chim tu sebenarnya adik sepupu HB, 16tahun umur dia. Dia ni rajin melayan Qimie, sebab Qimie ni kepala angin & baran. Orang lain semua x paham dia..hanya Hashim ni je yg reti nak memujuk dan rajin layan kerenah Qimie. Qimie kan jenis aktif, x leh duduk diam..ada je aktiviti yg dia nak buat. So Hashim ni lah yg akan melayan dia. Hari2 cuti sekolah ni,petang2 Hashim akan bawa Qimie main badminton kat dewan kg tu.
3 comments:
Qimie dah boleh main badminton? Rasa cam baru jer berkhatan hr tu kan....
Ibuhani: dah ligat dah kak..kayuh basikal satu kampung & ikut bapak2 sedara dia main badminton. dia ni kak mmg x leh duduk diam. hari tu siap mengamuk2 sbb x leh pakai seluar & keluar main. baru sehari khatan dah tanya bila boleh pakai seluar.
mampir sob..nice post..teruslah berkarya dan sukses selalu..jangan lupa kunjungan balik ya..:)
Post a Comment