Tuesday, October 27, 2009

Kemas Sawang

DIsebabkan nak kembalikan mood berblog...sya kemas sawang dan rumah ni..hehe

Kita tukar cat dan langsir ekkk...

Nanti2 kalau rasa boring, kita pi SSF..deco lagi rumah ni yer...
-deleted-

Monday, October 26, 2009




Nak masukkan cerita ni lama dah sebenarnya..dah basi dah pun..hehe

Raya hari tu sya pergi Pasir Gudang..mungkin ada yang tau kot, sya ni dibesarkan di Pasir Gudang. Umur 18 baru kami sekeluarga pindah semula balik Klang

Lama dah sya tak ke Pasir Gudang..Hampir 12 tahun..Kali ni pun sebenarnya tak rancang nak beraya ke PG..semua ni kerana bawa mertua nak tengok adik ipar masuk hospital..Dah alang2 gitu sya pergilah PG

Sya bawa anak2 tengok tempat sekolah sya dari sekolah rendah hingga menengah..

Dan sya juga akhirnya jumpa jumpa kawan family sya yang rapat..lama sya tak jumpa mereka dari sya pindah ke Klang..dah 16 tahun..akhirnya jumpa juga..
Korang perasan tak sape makcik & anak lelaki kat dalam pic ni..
Tak tahu nak letak tajuk apa...sebab lama sungguh tak update blog
macam2 jadi..sya lak tu asik sakit jer..migrain lah, demam lah..

Lagi satu sekarang sya online guna celcom broadband..punyalah slow nak letak gambar..tu yang wat liat nak update blog

Tadi sya benar2 gram dengan Razak, kawan yang menipu sya
Dia dengan Bongkaknya email lat hb sya & cakap yang dia tak kan bayar duit kami sebanyak RM6600..Ya Allah menggigil sya menahan marah dengan RAZAK ni

Sya dah tak tahu nak wat apa2..

Ya Allah Kau berilah petunjuk pada Hambamu ini...

Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Sya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AIdilfitri kepada semua rakan-rakan. Sekejap je masa berlalu..tup..tup..habis sebulan kita berpuasa..rasanya macam baru jer bangun sahur dan berbuka..kini kita dah beraya

Tahun ni sya beraya kat rumah mertua sebab giliran Hb tahun ni. Kami memang dari mula kahwin dah amalkan giliran beraya, walaupun kami local..dua-dua family kat Klang.Yer lah tak nak ada gaduh-gaduh..nanti tak syok nak beraya kan kalau masam muka.

Syukur sebelum raya sya siap jahit baju anak-anak dan baju sya.Petang semalam sya siap masak Rendang Ayam, Rendang Tok, Ketupat Nasi & Ketupat Pulut. Sya mewarisi tradisi Umie sya iaitu mesti masak ketupat pulut setiap kali raya.Kalau Takde ketupat pulut rasa tak sah.

Sya masih belum berkesempatan nak beraya dengan family sya..itulah sya katakan walaupun kami setempat tapi bila dah raya macam ni lah..ada yang tak sempat nak pergi..Yer lah umie sya selalunya akan beraya merata2..rumah atuk & nenek sedara shah alam & damansara, umah2 makcik pakcik lak jauh..tu yang umie tak de kat rumah..Lain pulak dengan belah HB sya..kebanyakan dekat..Kebiasaanya kalau beraya belah Hb sya penat sikit lah berjalan..kami akan jalan kaki beraya keliling kampung..yer lah semua sedara mereka...penat ooo jalan kaki...tu yang bila petang semua lepak..tertidur kepenatan.

Kami belum berkesempatan ambil sekeluarga..biasanya bila dah balik rumah sendiri baru kami amik gambar sekeluarga..

Ni antara pic raya kali ni...layan jer lah yer(nanti sya dnld lah yer serber slow sangat)

Friday, September 18, 2009

Dugaan Menjelang Raya

Benar-benar...kita hanya merancang..Allah yang menentukan.... Tiada siapa yang mahu semua ni berlaku..namun dah tertulis pada 16/9/2009..sya kemalangan..sepanjang 10tahun memandu inilah pertama kali sya mengalami kemalangan..

Sya sentiasa berhati-hati memandu..namun dah tertulis, nak kena..nak wat camne

Layan Pic jer lah yer...nak kata apa..tak terkata lagi....


Friday, August 28, 2009

Ramadhan Ke-7

Salam semua. Semalam hingga pagi ni hujan kan..lebat sungguh. Hujan rahmat tu..

Semalam sya tak dapat pergi bazar yang selalu pergi,sebab hujan. Jadi kami hanya singgah bazar berhampiran rumah sya. Beli kuih jer,Beli popia & badak berendam. Sampai rumah cepat-cepat sya masak. Semalam sya ingat nak masak speghetti skali tgk tak de stok lak, jadi gantikan dengan macaroni.Sos sya gunaprego cendawan, letak ayam cincang, tambah italian herbs & sosej saje..siap..hehe

Tapi 11pm HB masak sayur,goreng tempe & ikan goreng sebab Hb nak makan nasi jugak. SYa lak tak kisah tak makan nasi. Hb mesti nak makan nasi..ermmm..nasib dia rajin masak..

Sahur lak sya hanya masak nasi goreng kampung & telur dadar..ni kes malas nak masak lah...mengantuk sesangat sya rasa. Malam tadi sakit kepala & sya makan panadol tu yg bangun pagi 4.30am,sebab mata tak leh nak bukak. Oklah tu ada gak benda panas untuk HB & anak-anak makan.

SYa sekarang memang liat lah nak letak pic..mesti tak meriahkan blog kalau tak de pic..bukan apa..mood tu tak de lah...

Ni sekarang project nak gunting baju kurung anak2. Asik terganggu jer..Baru gunting lengan, Marsya datang mengacau. Payah sungguh. Insyaallah Sabtu & Ahad ni sya kena habiskanjuga menggunting semua baju. Sebab 1 minggu akhir puasa sya nak buat kuih lak. SO kena siapkan jahit baju sya & anak2 dalam 2 minggu ni. Harap2 sempat lah sya siapkan semua. Nasib buat baju kurung jer..sebab tu jer pun yang tahu,,,hehehe