Thursday, November 12, 2009

Disuatu Petang

Dialog

Nenda: Dyna ni cantik( sambil mengusap rambut cucu yg baring diriba sambil hisap susu)

Cucu: Yer Dyna cantik (sambil mengangguk)

Nenda: Dyna ni pandai

Cucu: Yer dyna pandai

Nenda: Tapi sayang, Dyna ni hitam

Cucu: Nenda ni putih ke

Nenda: Nenda putih

Cucu: Tak, Nenda hitam

Nenda: Nenda putih lah sikit dari Dyna

Cucu: Alaa..kita sama-sama hitam (dengan tak puas hatinya..jawab sambil tanggalkan botol susu)

Hehehe..terkedu nenda dengan jawapan cucunya...

Ini dialog antara anak sya yang umur 3 tahun dengan ummi sya.

Gelak sya dengar ummi cerita.

Bak kata ummi sya..terkena soalan cepu emas..

Ummi sya memang gelap sikit kulitnya..dan anak sya, si Marsya ni, dalam adik beradik dia yang paling gelap..sebabnya masa mengandung dia sya suka sangat minum Neslo..hahah..skali keluar, amik ko,warna neslo dia..

Marsya ni memang keletah,cakap tak pelat langsung,compare Qimie yg pelat hingga sekarang.

Sya & AMM je yang panggil dia marsya, lain2 panggil dia irdyna or dyna..semua kerana qimie lah..dia sorang yang mula panggil dyna ..mungkin sebab dia pelat & payah sikit nak sebut,tu yg dia panggil dyna. jadi semua yg lain ikut panggil marsya , Dyna

Tuesday, November 10, 2009

Sorry Kekawan

Sya minta maaf banyak2 kat kawan2 semua
2 hari sya tak dapat klik nuffnang korang
Broadband celcom ni wat hal bila hujan
slow giler

shoutbox tu pun sya tak dpt baca
sapa2 yang klik nuffnang sya tinggal kan komen kat sini yer
nanti dah ok sya klik2 nuffnang korang semua yer

Saturday, November 7, 2009

Ini kah..itu kah

Hari ini hati ini mula sekali lagi berkata-kata
Sampai bila nak begini.
Sampai bila nak setakat ini je
Sampai bilaaaa

Entah lah, kadang-kadang tercari-cari dimana jawapannya
Ada kalanya rasa seperti telah ketemu dangan jawapan
Namun bila direnung-renung seperti salah pula jawapan itu

Adakah ini semua kerana tiada keyakinan
Atau kerana beban dan tanggungjawab yang banyak
Membuatkan diri ini takut
Ya..takut dengan keputusan yang akan dibuat

Takut jika tersalah langkah
Takut jika dengan keputusan itu membuatkan kehidupan makin sukar
Tapi satu keputusan mesti diambil

Masa tak menunggu.
semakin hari makin hampir
Keputusan masih samar-samar

Ahhhh...susah hati memikirkan
Nak diluah mati emak..
Nak ditelan mati bapak

Sana-sini masaalah
Setiap hari berbagai-bagai hal yang datang
Hingga kadang-kadang terasa sudah tidak mampu lagi nak menerima
Sudah tidak mampu lagi nak menanggung
Tapi tak boleh nak biarkan saja
Tak boleh nak buat bodo jer
Tak boleh nak lepas tangan jer

Arghhhhh...giler bila memikirkan
Sana nak tanggung..
Sini nak tanggung

Ya-Allah...
Kau permudahkan lah segala urusan ku
Kau bukakan lah pintu reseki mu buat ku
Kau kuatkan lah iman ku
Kau tabahkan lah hati ku

Jika keputusan yang bakal ku buat ini baik untuk ku dan keluarga
Kau permudahkan lah
Kau berkatilah

Amin.


Friday, November 6, 2009

Kek Lapis



Raya hari tu sebenarnya sya pertama kali berjaya membuat kek lapis Masam Manis. Resepi sya dapat dari Chef Rozzan.

Jenuh juga lah nak buat kek ni, sebab memang tak pernah buat.
Sya mula buat lewat pula, 11pm baru nak mula.
Jadi siap bakar sampai habis lapisan2 kek tu dalam 2am.
tapi rasa puashati sebab berjaya membuat kek lapis sendiri.,
Sedap sungguh..cuma terlalu manis lah bagi sya.
Mungkin sya ikut bulat2 repepi tu, tak dikurangkan sikit gulanya
Jadi lain kali kalau sya nak buat, sya akan kurang kan gula

Thursday, November 5, 2009

Heheheh...Ke"malu" an



Ahad lepas lepas hantar qimie gi dewan untuk majlis konvo dia, sya dgn Anak Mak Mertua (AMM) pergi kenduri
Kenduri tu buat kat dewan MBSA kat rumah MIL ni jugak

Jadi AMM pun kata, kita pergi makan kenduri lah.
Sya pun ikut jer, sebab manalah sya kenal sangat orang kg AMM ni, dia kenallah siapa yang buat kenduri

Kami pun masuk lah
Ambil makanan dan duduk makan
tapi sya notice, kenapa tak nampak muka-muka yang biasa
tapi AMM kata dia ada nampak sepupu mak dia & beberapa orang kg yang dia kenal
Ok lah tu..maklumlah kg dia

Lepas makan kami pun nak balik lah..
Masuk kereta sya pun belek2 lah kad jemputan tu

Skali ..terbeliak biji mata sya
Kad jemputan tu tarikhnya 8/11/09
terjerit sya..
tunjuk pada AMM
sudahnya kami gelak

Sudah makan salah kenduri..hehehe

ENtah kenduri siapa kami pergi
Sampai rumah MIL, AMM cerita lah
Habis kami kena gelak dengan PIL

Tapi MIL cakaplah. dia dapat jemputan tu
Cuma dia tak dapat pergi, sebab FIL sakit
Jadi MIL kata..oklah kami wakil dia pergi kenduri tu
Bak kata FIL sya.."TAK LAH KEMALUAN'

hehehe

Ni lah sejarah..
Salah pergi kenduri kawin


Saturday, October 31, 2009

Kena Attack Lagi


Mata kuyu kan..
sebabnya Qimie kena attack athma lagi hari ni

Susah hati sungguh lah Qimie ni..
Dalam bulan ni dah 2 kali kena attack.
Esok dah lah QImie ada Hari Penyampaian Hadiah Dan persembahan
Kesian lak dia,
Dah tiap2 hari dia buat latihan
tup-tup kena attack lak
Tahun lepas pun Qimie tak dapat buat persembahan sebab kena attack
Ni kena juga

Tapi kesian lak kalau tak kasi dia pergi
Dah lah tahun ni tahun akhir dia kat tadika
Kami akan hantar jugak lah esok dia
Kami akan inform cikgu qimie tentang keadaan dia

Dah sakit-sakit ni asik memerap jer
Nak tidur pun nak atas riba sya
Ni baru bagi makan ubat..
ubat athma,kahak,selsema,batuk dan demam
amik ko 5 jenis ubat sekali makan
ni kalau tengok nafas QImie ketat @ susah nak bernafas
kenalah sya bagi dia inhaler

Ada yang kata kasi makan hati unta
Mana lah nak cari hati unta

Thursday, October 29, 2009

Rumah Ku Syurga Ku

Hari ini tak tahu nak tulis apa..Bila sya belek-belek camera tengok ada sygua ambil gambar ruang tamu dan ruang makan rumah sya.

Ok lah hari sya tepek gambar rumah sya lah kat sini. Rumah sya ni tak de lah besar mana. Rumah teres dua tingkat je. Cuma sya rasa bangga sebab kami berjaya membeli rumah ni masa usia kami suami isteri masih muda lagi

Sya masih ingat lagi, kami bayar wang pendahuluan rumah ni 2 hari sebelum sya bersalinkan anak no.2 iaitu pada tahun 2000. Masa tu sya berumur 25 tahun. Duit muka dari hasil simpanan sya. Bakinya baru kami suami isteri berkongsi. Untuk pengetahun semua, sya dengan suami kongsi bayar segala-galanya. Macam duit kereta & rumah, kami akan bayar sorang separuh. Insuran anak-anak pun kami tanggung bersama.

2 tahun kemudian rumah ni siap. Lewat sedikit dari jangkaan. Yang seronoknya, rumah sya phase 1 lewat siap, phase 2 siap awal. Yang phase 2 kena bayar beribu2 jugak lah untuk dapatkan kunci. Sya pulak dengan suami dapat hampir 12ribu claim sebab developer lambat siap..hehe..itu pun bila kami semak S&P baru perasan ada clause tersebut. Kami pun apa lagi, siapkan kerta kerja , bersama kiraan lewat berapa hari, berapa kami dapat. Mulanya developer berkeras tak mahu bayar sebanyak mana yang kami claim. Kami bawa kes ke Tribunal Pengguna. Masuk mahkamah, kami menang. Ada ke alasan developer mereka hanya nak bayar 20% dari tuntutan kami kerana merasa dalam proses memohon kelulusan extension of time dari Syarikat Perumaha Negara. Hakim tak setuju dengan mereka. Jadi Kami dapatlah tuntutan yang sepatutnya kami dapat.

Rumah sya ni ada lah buat sikit renevation. Tapi semua HB sya buat sendiri. Kami tak mampu nak buat sekali arong, yang kami ada kepandaian &kemahiran.Maklumlah seuami isteri kerja contractor.jadi HB ambil keputusn renovate sendri. Tapi tak lah cantik mana.Buat sikit2. Sya tak kisah. Biarlah orang mengata , bagi kami, kami ikut kemampuan.



Ni ruang tamu. Jangan tak caya, langsir dan sarung kusyen tu semua HB sya jahit yer. Langsir tu sya kirakan & ajar macamana nak gunting dan sambung, Hb jahit. Sya belajar dari mak sya yang memang pernah buka kedai langsir.

Nampak tak PC tu..kat situ lah selalu sya lepak malam2. Kalau tak kat situ, sya guna lappy. Sya sedang berjinak-jinak dengan sesuatu yang memerlukan kami online. Maklumlah nak tambah pendapatan. Nanti sya ceritalah apa yang kami buat yer.
Ni ruang menonton. Sebenarnya atas ada ruang keluarga, tapi Hb tak nak. Hb nak biar menonton kat bawah. Ruang atas tu Hb jadikan tempat letak barang2 sekolah anak. Tv atas pun jarang guna. Hanya Qimie yg rajin guna untuk main PS2.


Ni ruang makan. Sya sebenarnya lebih suka letak kat dapur. Tapi Hb tak nak. Hb lak suka dapur lapang.

Ni jer lah buat masa ni. Nanti2 sya tepek pic dapur lak ye.

Harap jangan ada yang salah sangka yer. Niat sya hanya nak berkongsi kehidupan sya dengan rakan-rakan. Takkan lah bila rumah banglo baru boleh tunjuk kan. Rumah teres pun boleh gak kan.kan..kan.