Thursday, January 15, 2009

5 PERKARA YANG ANDA TIDAK TAHU TENTANG SAYA

5 PERKARA YANG ANDA TIDAK TAHU TENTANG SAYA

Thank Bim sebab tag sya. Jap tengah dok pikiaq apa lah benda yang orang tak tahu yer. Sya ni memang fail bab-bab mengarang ni. Sebab tu masa bercinta tak penah tulis-tulis surat. Ok yer ni sya senaraikan 5 perkara tersebut:-

1. Terjun Dari Tingkat 2..

Hehehe..jangan terkejut, tapi memang sya penah terjun dari tingkat 2 rumah. Masa tu sya tingkatan 3, bilik sya terkunci. Jenuh sya jerit panggil orang suruh buka pintu. Umie sya buat tak tahu jer, Dia siap kata padan muka sya sebab suka sangat kunci pintu. Dah nya sya geram sangat, tu yang sya panjat tingkat terjun keluar. Sya jatuh terduduk atas tanah. Sakitnya punggung tuhan ajer lah yang tahu

Tapi side effect dari sya jatuh tu lama tau. Sya menanggung sakit punggung hampir 2 tahun. Lepas tu masa sya mengandungkan anak sulung, sya sakit teruk. Tulang tongkeng ni sakit sangat, dari awal mengandung hinggalah nak bersalin. Bayangkan sya tak leh duduk tegak. Kalau duduk atas kerusi atau lantai, sya kena dudk senget. Pastu tu kalau dah duduk nak bangun kena orang papahkan. Kalau kat ofis, nak bangun sya kena pegang meja baru boleh bangun. Sakit sangat, sampaikan mengais sya tiap2 hari.

Yerlah lagi besar perut kitakan lagi melentik pinggang ni, tu yang buat sakit sangat belakang sya. Nasib sya dapat bersalin normal.

2. Sya mengandung seksa

Yup, sepanjang 4 kali sya mengandung, tak penah sekali pun sya merasa proses kehamilan yang senang. Semua anak sya mabuk teruk hingga ke 6 bulan. Pastu sya akan sakit kat pubic area. Sampaikan sya nak pakai panties pun seksa, sya tak leh angkat kaki. Sya akan duduk, masukkan seluar tu dari kaki mcm ni, angkat jari kaki masukkan seluar, pastu angkat tumit lak, kasi masuk yg belakangnya, Pastu baru lah tarik perlahan2 keatas.

Bila dah sakit kat pubic area tu, nak jalan memang payah. Sampaikan arwah tok hubby kata dia cukup kesian tengok sya bila mengandung, seksa sangat rupa sya nak jalan.

Tapi alhamdulillah sya bersalin senang. Semua sya tak lama dalam labour room. Paling lama sya kat labour room 4 jam, tu pun sebab induce, masuk labour room memang tak sakit apa2 lah.

3. Anak lahir 1hb (1/10/98, 1/9/06, 1/8/03)

3 anak2 sya lahir 1hb. Secara kebetulan due date anak no.3 & 4 pada 1hb. Jadi sya pun malas nak tunggu lama2, sampai jer due date, terus sya minta induce. Sya ni lak jenis beranak lambat, semua over due. Senang nak ingat tarikh lahir anak2 sya.

4. Sombong..ermmmm

Ramai orang kata sya sombong. Sebab nya kenapa tau:
a) Sya payah nak senyum
b) Muka sya bengis
c) Mata sya suka menjeling..hehehe
d) Sya tak ramah ( masa mula2 jumpa org, dah kenal baru ramah..cerita hingga tak
ingat dunia)
Tapi sya tak sombong tau. Sya ni tak ramah lah, tak reti nak bercerita dengan orang. Lagi-lagi orang tua. sya tak pandai nak mulakan cerita. Tapi kalau dah kenal memang sya ramah. Sya ni pun gila2, jadi kalau sesiapa yang jumpa sya kat luar tu, jangan lah takut nak tegur. Tegur jer sya kenal kan diri, insyaallah sya akan jawab :)


5. Mengandung masa study

Sya penah amik part time study, masa semester akhir sya mengandung. Jadi sya bersalin, cuti 2 minggu jer, pastu sya pegi kelas dalam pantang. Sya belajar hujung minggu jer, dan kelas hari sabtu hingga 10.30pm. bayangkanlah, orang yang dalam pantang, dengan berbaju sejuknyer, dengan stokin, param satu badan, masuk kelas..hehehe..nasib baik sya tak bentan.

Ni jer lah yang sya nak kongsi dengan member2 semua. Sya tak tahu nak tag sapa lagi, sebab sya tak ramai member blog..member2 blog sya Bim, Maira, Eynda, Posh jer..yang lain sya belum add lagi..tak sempat..maklumlah masuk blog siang jer..kat rumah x net line lagi.

No comments: