Thursday, January 22, 2009

Nak Kurussss

KURUSSSSSSS

Berjaya kah sya kurus. Entah lah, adakalanya sya rasa macam tak kan berjaya jer, sebab macam mustahil berat sya boleh capai angka 5. Namun bila sya tengok kejayaan member-member forum yang dh kurus, baru sya percaya bahawa sya juga boleh kurus

Sebenarnya lama dah sya nak kurus, dari sebelum kawin. Dulu masa zaman anak dara sya penah makan Healthy Image, pastu sya penah cuba CNI nyer produk..semua tak leh jalan. Bila dah dekat nak tunang dan kawin, sya amik ubat doktor, Ionamin. Mulai dari tu sya dalam setahun mesti adalah 3 kali pegi amik ubat tu. Biasa sya makan dalam 3 bulan jer. Pastu bila tahun depan berat naik baru sya pegi beli lagi. Sampai last 2 year sya masih begitu. Doktor tu mmg dh kenal sya, Bila sya datang amik, dia kata dah lama tak datang..sya ckplah ni berat dah naik semula tu yang datang beli.Last year sya ada makan Totalimage & JDM..JDM ni ada baki lagi 1 kotak tak abis. Entah bila nak minum JDM tak tahu lah.

Sebelum mengandung no.4 berat sya dalam 63-65kg. Namun lepas bersalin sya tak kurus. Seluar jean masa sebelum mengandung no.4 antara 31 @ 32 jer. Namun kini..huaaaa....huaaa..nangis sya

Masalah sya lebih pada punggung & peha. Lebar sangat. Mungkin juga sebab sekarang sya dah jarang bergerak masa ofis. Dulu project banyak selalu gak gi site, skrg dah jarang sesangat. Kalau gi site buat measurement, jauh gak lah sya kena jalan..maklumlah nak mengukur jalan & longkang..kalau 1 side dah 1km..patah balik dah 2km..tengahari terik lak tu.

Kini sya dah tekad untuk kurus. Sya memang teringin nak kurus. Dalam 2 minggu lepas sya penah merajuk dgn hubby sebab sya tengok dia mcm tak berapa support sya nak kurus. Pastu hubby kata " Apa ayang ingat abang suka ker tengok ayang gemuk. Abang tak suka tau. Abang pun nak tengok ayang kurus". Terharu sya, sebab hubby sokong sya. Sekarang bila sya workout kat rumah, hubby tak penah halang atau marah.

Sya pun dah puas kena sindir & kena kutuk pasal gemuk ni. Sekarang sya nak buktikan kat orang yang kutuk bahawa sya juga boleh kurus. Sya dah taknak hiraukan jelingan atau pertanyaan orang yang pelik bila tengok sya makan tak ambil nasi. Biar lah mereka, yang pasti sya nak kurus.

Sorri lah yer..sya lepas kan tension sebenarnya ..& luahan perasaan apa yang sya rasa sekarang.

No comments: