Tuesday, January 13, 2009

Sehari di Paradesa Rucotta

Ahad lepas pakcik Sya ajak makan kat rumah dia. Jadi sehari suntuk kami lepak kat rumah pakcik di Kondo Paradessa kat Damansara.


Makan tengahari Nasi Dal, Kuah Dal, Kambing Masak Rempah, Daging dendeng, Acar. Tapi sya tak makan banyak. Hanya makan kuah dal jer, sebab sya tengah detox 2 hari.


Lepas makan, 4pm anak2 nak mandi kolam lak. Seronok sangat budak-budak tu. Marsya sampai menggigil, masih tak nak naik. Sudahnya dari hari isnin, Danny dan Marsya demam. Ni semua pasal seronok mandi kolam hehehe.
Nasib baik Qimie tak kena attack asma, dia pun sama mandi tak ingat nak balik.
Lepas mandi, makan lak lagi kat rumah pakcik sya tu. Makan mee rebus. Sya sekali lagi tak leh makan banyak. Sya hanya makan tauhu + bawang goreng + kuah jer. Kami makan malam kat sana gak

No comments: