Monday, October 11, 2010

Maid..ooo...maid

Ni nak cerita sikit
Sesiapa yang pernah ada maid mungkin pernah alami masalah ni

Cerita nya macam ni
Jiran belakang rumah sya ni ada maid baru
maid lama dia dah balik masa dekat raya hari tu
jadi lepas raya dia dapat lah maid baru
ok lah tu dapat maid baru
senang dia nak keja

so suatu pagi tu sya macam biasa lah nak sidai kain
skali tiba-tiba terdengar suatu suara memanggil
"kakak..kakak"
sya pun toleh lah
rupanya maid jiran belakang dah ada kat tepi pagar belakang rumah sya
terpeanjat lah jugak
sebabnya maid dia yang lepas2 tak pernah lak datang tepi pagar rumah sya
agaknya dia ingat sya ni pun maid cam dia kot..hahaha
sebabnya sya dgn pakai kain batik & t-shirt je..maklumlah nak buat kerja rumah
sya pun menyahut lah
skali korang nak tau apa jadi
rupanya maid yang baru 3 hari kerja tu dok mengadu domba kat sya
yang dia penat kerja lah
banyak kerja lah
majikan marah lah
majikan itu lah..majikan ini lah
alamak...sya tak selesa lah mcm ni
sebab jiran kita..kita tahulah dia mcmane
maid ni baru duduk 3 hari dah pandai datang tepi pagar rumah kita mengadu-dumba
sya sidai baju cepat2 pastu sya cakap dengan dia, sabar lah..nak cari rezeki kena banyak bersabar
masa sya nak masuk rumah boleh lah maid tu pesan jangan sampaikan pada tuan dia ye

so 2 hari lepas tu sya pergi beraya kerumah jiran tu
sya pun ceritalah maid dia datang kat tepi pagar sya, mengadu macam2
skali jiran sya cakap, bukan sya je dia mangadu
pada jiran2 sebelah rumah dia & jiran hujung simpang pun dia pi mengadu
ishhh,,,teruknya perangai maid ni..mulut jahat

sya pernah jugak alami macam ni dulu masa duduk skali dengan parents sya
maid kami boleh dok mengadu dengan kawan dia kat phone 
kata kami tak kasi dia makan
padahal masa datang berat 50kg..tak sampai 6 bulan kerja berat naik dekat 70kg
itu dia kata tak kasi makan
dah lah anak-anak sya tak kasi dia jaga,hantar nursery
dia setakat kemas rumah,membasuh & melipat & iron baju je
masak pun kami masak sendiri
lauk biasa boleh tahan seminggu
sejak dia ada 3 hari dah abis
tu camne dia kata tak kasi makan
tau-tau suatu pagi dia lari


kadang-kadang sya rasa maid ni tak sedar diuntung
apa mereka ingat murah ke kita bawak mereka datang sini
jiran sya kata dia kena RM8K pastu gaji RM500 sebulan
kerja dengan kita orang melayu banyak songgeh
cuba tengok yang kerja dengan Cina 
kena macam2
kereta kalau ada 5 biji..kelima-lima kena basuh hari-hari
pastu kena mandi anjing lah
petang2 kena bawa anjing jalan
pandai lak maid sya tu mengadu teruk maid jiran depan rumah tu kena 
maid jiran depan tu indon gak
so maid sya bercerita apa maid tu kena
tau pun ko teruk keja dengan bangsa lain
tapi bila kerja dengan melayu korang lak macam-macam hal

jadi sekarang tak yah pakai maid
semua buat sendiri
puas hati
kita pun selesa sebab tak de orang lain dalam rumah kita

No comments: