Mengapa begitu susah untuk menyatakan
Mengapa begitu susah untuk meluahkan
Mengapa begitu susah untuk mempamerkan
Mengapa begitu susah
Jika semua itu semua untuk menyatakan, meluahkan, mempamerkan Cinta & sayang pada pasangan
Sepatutnya semakin lama ikatan perkahwinan itu, maka semakin teballah rasa cinta dan sayang
Tapi sebaliknya berlaku
Jika dulu masa bercinta ungkapan sayang dan cinta menjadi mainan dibibir
Jika diawal perkahwinan..belaian..pegang tangan & peluk isteri menjadi perkara wajib
Namun mengapa bila dah lama kahwin semua nya jadi hambar
Semua yang dahulu jadi rutin kini sudah jarang dan hampir tidak lagi dilakukan
Mengapa
Adakah kerana bosan
Bolehkan dalam ikatan perkahwinan timbul rasa bosan
Entahlah..kerana bagi seorang isteri ikatan perkahwinan itu terlalu berharga
Tidak mungkin ada galang gantinya
0 comments:
Post a Comment