Thursday, December 29, 2011

Rabu,28/12/2011

Hari ini baru mula kerja setelah cuti dari 25-27/12
Sarapan dan lunch hanya milo & roti wholemeal
Kurang selera untuk makan
Tapi pagi-pagi sebelum keluar rumah dah minum 150ml susu Alpha Lipid

Kerja seperti biasa
Hari ni sejuk sikit
Tapi balik petang dalam 6pm hari mula hujan sampai malam
Sejuk..
Kaki makin bisa
Lutut sakit sangat rasa seperti kepala lutut terpusing
Bawah dagu belah kiri/leher sakit dah 3 hari rasa macam kena begok
Malam mandi 7.30pm, badan dah mula menggigil..demam
Makan Celebrex,pakai bandage kat lutut, pakai stokin & baju sejuk
Masak Lasagna, abang masak sambal tumis & goreng ayam untuk mkn nasi
Anak2 makan Lasagna sambil tengok 3 Idiot

Sya, baring saje sebab satu badan bisa

Hari ini berlalu..dengan rasa sakit yang teramat. :(

Wednesday, December 28, 2011

Ikhtiar

Kesihatan sya sekarang tak menentu
Rasanya dalam seminggu nak dapat rasa sihat 100% dengan tiada sakit pada kaki amat jarang
Sakit sendi ni dah makin melarat lak
Dulu hanya bahagian jari kaki dan pergelangan kaki
Sekarang dah  ke lutut

Mungkin juga antara penyebab
Sya lasakkan juga diri ni
Meeting kat site...drive sendiri ke site di KLIA2(site ni kat LCCT tapi kena masuk dalam lagi)
Kaki ni setiap hari bila balik kerja mesti bisa & malam x dapat nak jalan
Lagi2 bila musim hujan ni..hari sejuk..lagi lah bisa kaki sya ni
Menangis jangan cakap lah..hampir setiap malam sebab tak tertahan rasanya rasa bisa kaki ni

Sekarang sya cuba minum ALPHA LIPID
Nak ikhtiar tengok macamane..moga dapat lah sembuh
kalau rak dapat 100%, dapat sembuh sedikit & dapat sya berjalan seperti dahulu
Dan dapat berjalan2 dengan anak2 & suami tanpa perlu duduk sebentar & berhenti2 kerana sakit kaki

Ya Allah, hambamu yang hina ni memohon semoga kau sembuhkan lah sakit ku ini
Aku hanya mampu berdoa dan berikhtiar, namun hanya Kau Ya Allah yang maha mengetahui & menyembuhkan.

Friday, December 23, 2011

Cili apa ni ekkk







Ni cili kat depan rumah Sya
Cili ni dapat masa kami pergi Cameron Highland bulan 5 haritu
Masa dok menunggu kat dalam Rose Farm tu, ada lah pokok cili ni
Dok usha2 geram tengok sebab buah nya semua merah2
Skali dalam dok usha tu ada sebijik gugur
Apa lagi Hb sYa pun kutip dan simpan dalan handbag sya
Ye..ulang sekali lagi ye..HB kutip dan simpan dalam bag sya 
Nasib baik lah tak hancur & busuk dalam bag sya

Balik rumah terus HB kering kan
Sebab nak buat benih
Nasib baik menjadi ..ada dalam 6 pokok bercambah
Cuma ada satu pokok bila dah mula berbunga mati lah pulak
Batang pokok tu macam kena gangren( betul ke ejaan ekk..hehe)

Tapi pokok ni mcm manja skit lah..rumah sya kan dekat Port Klang, lagi mmg lah panas bila tengahari
HB lak mmg letak je pokok2 kat laman, x de cover2
Setiap kali balik malam mesti pokok2 ni layu, so mesti hari2 kena siram 2 kali..pagi dan malam

Nampak tak ada 4 biji lagi cili ni dah besar. 
 Ada lebih 10 biji dah buah cili yang tunggu nak masak & ada banyak lagi bunga2 dan putik2 cili ni
Seronok sangat tengok banyak cili yg keluar musim2 hujan ni
Agaknya sebab pokok ni amik kat CH & dah biasa sejuk kot..
 Tu yang bila sejuk2 gini banyak buah nya



Cantikan bunga ni

Sebenarnya ni bunga bendi
Ada banyak HB tanam pokok bendi ni
Yang berbunga ni bendi dalam pasu
Yang kat tanah,walaupun tanam sama hari tapi lambat lak membesarnya
Rasanya tanah kat rumah sya tak subur lah


Wednesday, December 7, 2011

Sembang-sembang dengan Qimie


Dialog semalam masa balik rumah lepas keja

Sya: Awak belajar tak siang tadi
Qimie: Ada
 Sya: Berapa lama belajar
 Qimie: tak tau
Sya: Habis tu hari ni apa yang awak buat

Qimie: Main badminton dengan Cik Chim. Ummi, CIk Chim kan beli handphone baru warna pink.

Sya: Biar betul Qimie, Cik Chim tu kan lelaki,tak kan dia beli Handphone warna pink

Qimie: Betul Ummi, Cik Chim beli handphone baru warna pink, jenis SAMSUL..

Tersedak sya dengar brand HP tu..hehehe

Rupanya Brand Samsung. Punya lah semangat nak cerita,sampai brand pun salah. :)

Cik Chim tu sebenarnya adik sepupu HB, 16tahun umur dia. Dia ni rajin melayan Qimie, sebab Qimie ni kepala angin & baran. Orang lain semua x paham dia..hanya Hashim ni je yg reti nak memujuk dan rajin layan kerenah Qimie. Qimie kan jenis aktif, x leh duduk diam..ada je aktiviti yg dia nak buat. So Hashim ni lah yg akan melayan dia. Hari2 cuti sekolah ni,petang2 Hashim akan bawa Qimie main badminton kat dewan kg tu.
Cik Chim



























Sunday, November 20, 2011

20.11.2011- Danny & Qimie Khatan

Hari ini dalam sejarah buat 2 orang anak bujang sYa
Pagi ni anak-anak sYa akan berkhatan
Qimie khatan dulu 9.30am
Danny khatan 10.00am

Kami pi khatan di Poliklinik Penawar, Taman Sri Andalas, Klang
Guna kaedah laser & jahit
Charge RM130.00 seorang


Sebelum pergi kita amik pic dulu ye.

Kat klinik ni lah anak-anak teruna dua orang ni nak disunatkan

Sedanga menunggu..Qimie cool je..Danny dah nampak gabrah

Dr dok bagi penerangan skit pada Qimie. Dema dua beradik ni "buta" bebirdnya..tu yang lama skit & sakit skit bila kulit tu nak di pisahkan dari kepala

Muka tutup ye dengan kain..x moh kasi tengok proses potong bebird

Dah selesai..

Giliran Danny Lak..bukak seluar dulu ye..

Tangan Danny sejuk,,takut lah tu,,Danny ada skit bersuara bila nak tanggalkan kulit dari kepala..Danny doktor kasi bius lebih sikit sebab dia penakut lebih dari Qimie

Dah selesai..alhamdulillah...salam doktor dulu ye encik Hb sebelum keluar..Terima Kasih Dr Syed




Siap dah..jom balik...Qimie dah mula rasa sakit,sebab dia khatan dulu..

Qimie dah merengek2 skit..danny baru khatan,bius masa ada

Qimie dah mula meraung..tak beri sYa dok jauh dari dia..jenuh memujuk..masuk kereta lagi kuat qimie meraung,sakit dah rasa

Qimie dok meraung2 sakit..danny cool je..boleh tahan sakit rupanya danny ni..ingat kan dia yg akan meraung sebab dia ni pemalu & soft skit perwatakan berbanding Qimie yg nampak brutal & lasak.

Jenuh memujuk..kipas kan bebird dia, picit kaki & bagi makan ubat tahan sakit baru nak diam & tidur

Danny relak je sambil tengok TV

Baru sampai rumah..qimie kat atas kerusi, Danny kat bawah..
Sekarang dua2 dok baring kat bawah..senang ..

Selamat dah dua orang anak teruna sYa dikhatankan Alhamdulillah
Tunggu baik & sembuh je..
Tak pe ye..
Dah baik nanti kita pergi bercuti ye 

Thursday, November 17, 2011

Kerana RM100..ermmmm

Korang dah ambil ke bantuan RM100
Setiap seorang anak yang bersekolah akan dapat bantuan
Tapi pejalar Form 5/2011 tak dapat ye
Sebab tahun depan dema bukan budak sekolah lagi

Sekolah anak sYa kelmarin bagi memo
Rupanya ada jadual pulak hari-hari untuk ambil RM100 ni
Anak tahun 5 ambil hari Khamis, 17/11/2011
Anak tahun 2 ambil hari Selasa, 23/11/2011

Alahai...jenuh lah kami yang kerja ni
Dua hari datang lambat

Tadi sYa dah pergi sekolah anak sya
Sampai sana 7.30am
Mula-mula sampai ada cikgu kat situ suruh datang pukul 10am
Sebab katanya, pkl 10 baru dema nak ambil duit kat bank
Laaa...macamane lak gitu
Alasan dorang tak simpan duit bayak kat sekolah

Sya cakaplah, sya ni kerja, jauh lak tu
Macamane nak datang lagi
Nasib ada Cikgu Besar kat pejabat tu
Dia kata mereka akan bagi dulu duit tahun 6 yang tak ambil semalam
Dapat lah sya ambil duit RM100, walaupun kena tunggu 30minit untuk kerani masuk

Jadi minggu depan sekali lagi kena pergi sekolah untuk ambil RM 100

Kerana RM100...ermmmmm

Tuesday, November 15, 2011

Result Blood Test

Masih ingat tak dengan post pasal sakit kaki kat sini
Jadi hari Sabtu 12/11/2011, HB bawa sYa pergi klinik untuk ambil result
Ini lah result nya
Positif RHEUMATOID ARTHRITIS


Berita dapat sehari sebelum birthday sYa
Sedih ada..takut pun ada
Kerana menurut doktor sakit ni tiada ubat
Hanya bergantung pada pain killer & steroid untuk radang
Tapi steroid tak boleh di ambil selalu

Info tentang sakit ni boleh baca disini  


Sekarang kalau tanya apa perasaan
Sudah pasti hati ini sedih
kenapa boleh kena penyakit ini
Menurut doktor penyakit ni penyakit genetik


sYa tak tau apa nak katakan lagi
sYa terima dugaan Allah 
Mungkin ada hikmah yang terselindung


:(